awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM yakin Misbun mampu perbaiki prestasi skuad remaja

Bernama
Bernama
09/11/2022
00:00 MYT
BAM yakin Misbun mampu perbaiki prestasi skuad remaja
Kenny berkata, Misbun (gambar) perlu berbincang dengan semua badan berkaitan termasuk pihak sains sukan dan pentadbir untuk menghasilkan rancangannya bagi memperbaiki prestasi skuad remaja. - Foto Agensi/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yakin dengan kemampuan Pengarah Pembangunan Remaja Datuk Misbun Sibek untuk memperbaiki prestasi skuad remaja, selepas prestasi kurang memberangsangkan pada Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Santander, Sepanyol baru-baru ini.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh, bagaimanapun, berkata Misbun perlu membentangkan rancangan terperinci secepat mungkin bagi mengukuhkan bahagian kejurulatihan dan program latihan untuk pemain remaja.
"Pastinya beliau sendiri akan melakukan pascanilai yang menyeluruh dan melihat aspek yang perlu beliau perbaiki.
"Kami akan memberi beliau peluang untuk melakukan apa yang perlu. Beliau perlu berbincang dengan semua badan berkaitan termasuk pihak sains sukan dan pentadbir dan hasilkan rancangan," katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini semalam.
Buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan yang layak ke suku akhir bagi acara perseorangan di kejohanan remaja dunia dan pasukan negara hanya menduduki tempat kesembilan bagi acara berpasukan campuran.
Sebelum ini, Malaysia hanya pernah sekali pulang dengan tangan kosong iaitu pada edisi 2019 di Kazan, Rusia.
Sementara itu, Kenny berkata pemain profesional perlu membuktikan kemampuan mereka dalam sebarang kejohanan terlebih dahulu sebelum dipanggil berlatih bersama pasukan kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini.
"Kami pernah mengeluarkan pemain (daripada latihan di ABM) sebelum ini, namun selepas itu jika mereka tunjukkan potensi kami akan panggil semula," katanya.
Sebelum ini, Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones berkata keputusan untuk membenarkan pemain profesional berlatih bersama skuad kebangsaan di ABM dijangka diumum tidak lama lagi.
Sementara itu, Kenny memaklumkan pemain yang akan mewakili negara di Jelajah Dunia Akhir BWF pada 14-18 Dis di Guangzhou dikehendaki menjalani kuarantin di Bangkok, Thailand selama tiga hari sebelum dibenarkan memasuki China.
Bagaimanapun, beliau berkata BAM akan memutuskan sama ada akan menghantar pemain atau tidak ke kejohanan itu selepas mesyuarat majlis BWF di sini minggu ini.
Pemain BAM yang telah layak adalah juara beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Misbun Sidek
#Kenny Goh
#skuad remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan