awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAMTC: Malaysia garang tundukkan UAE

Bernama
Bernama
14/02/2023
21:30 MYT
BAMTC: Malaysia garang tundukkan UAE
Lee Zii Jia ketika beraksi menentang Bharath Latheesh dalam perlawanan peringkat pertama BAMTC Kumpulan B yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai, 14 Feb 2023. - Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Skuad negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan langkah kanan selepas membenam tuan rumah 5-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B di Dubai pada Selasa.
Perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia mengutip mata pertama buat negara selepas mudah menewaskan Bharath Latheesh straight set 21-12, 21-15 pada aksi yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai.
Perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei pula hanya memerlukan 19 minit untuk meletakkan pasukan di hadapan 2-0 apabila memenangi perlawanan perseorangan wanita menentang Madhumitha Sundarapandian dengan 21-0 dan 21-7.
Beregu profesional lelaki negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mengesahkan kemenangan skuad dengan menyumbang mata ketiga selepas mengetepikan Dev Ayyappan-Dhiren Ayyappan 21-11, 21-13.
Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah tidak berdepan masalah menewaskan Sanika Dhawan Gurav-Taabia Khan dengan 21-9 dan 21-8 dalam masa 21 minit manakala beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menewaskan gandingan Dev Vishnu-Aleena Qathun 21-10 dan 21-9.
Sementara itu, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B yang turut berlangsung Selasa, India mengalahkan Kazakhstan 5-0.
Malaysia bakal berdepan Kazakhstan dalam pusingan kedua Kumpulan B pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAMTC
#Dubai
#Lee Zii Jia
#goh jin wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan