awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bangang", tempelak Khairy kepada pahlawan papan kekunci

Astro Arena
Astro Arena
24/09/2014
14:59 MYT
"Bangang", tempelak Khairy kepada pahlawan papan kekunci
"Bangang", tempelak Khairy kepada pahlawan papan kekunci
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan pihak yang mempertikaikan kejayaan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menyumbang emas kedua negara di temasya Sukan Asia ke-17 semalam sebagai tidak bertanggungjawab.
Salah seorang pemegang akaun laman sosial Facebook semalam meletakkan komen negatif di status akaun Facebook Khairy dengan memperlekehkan kejayaan Nicol atas alasan sukan tersebut tidak dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik.
"Bangang," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.
Khairy berkata beliau tidak kisah jika individu terbabit memperlekehkanya sebagai Menteri Belia dan Sukan namun bukan kepada atlet negara yang bertungkus-lumus mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.
"Atlet kita sanggup ketepikan hal-hal peribadi mereka semata-mata untuk mengalas cabaran negara di Incheon dan tidak ramai yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan negara," katanya.
"Saya ingin tahu sama ada individu yang mengkritik kejayaan Nicol tahu bermain skuasy atau tidak, sebelum mereka layak untuk melemparkan kritikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nicol berjaya mempertahankan pingat emasnya selepas mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern dengan mata 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10 di final.
Pingat emas pertama negara disumbangkan oleh atlet wushu wanita, Tai Cheau Xuen menerusi acara gabungan Nanquan/Nandao pada hari pertama kejohanan.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kejayaan kontinjen negara mengumpul dua pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa sehingga hari kelima kejohanan membuktikan bahawa sasaran lapan pingat adalah satu sasaran yang realistik dan tidak mustahil dicapai oleh negara.
Beliau berkata ada atlet yang gagal meraih pingat dan ia bukan bermakna bahawa mereka telah gagal dalam misi ke Incheon kerana apa yang lebih penting adalah pencapaian mereka untuk mengatsi catatan terbaik dan bukanya pingat yang dimenangi.
"Sehingga hari ini kontinjen negara masih berada di landasan yang betul apabila meraih dua pingat emas dan diharap kita mampu mengutip lebih banyak pingat lagi," katanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan