awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Conor terus ghaib selepas kekalahan anaknya

Sinar Harian
Sinar Harian
11/10/2018
09:50 MYT
Bapa Conor terus ghaib selepas kekalahan anaknya
Tony sebelum ini sering muncul di Twitter serta Instagram dan kerap diundang sebagai tetamu bagi memberi ramalan mengenai kemenangan anaknya. -Foto Sinar Harian
Bapa kepada Conor McGregor, Tony tidak kelihatan di platform media sosial sejak anaknya diaibkan Khabib Nurmagomedov pada pertarungan UFC 229 di Las Vegas pada Ahad lalu.
Sebelum ini, Tony sering muncul di Twitter serta Instagram dan kerap diundang sebagai tetamu bagi memberi ramalan mengenai kemenangan anaknya.
Kira-kira sebulan sebelum pertarungan Conor dan Khabib dijadualkan berlangsung, Tony muncul dalam rancangan Ariel Helwani's MMA Show dan meramalkan anaknya tidak mempunyai masalah untuk merampas tali pinggang lightweight dari petarung Rusia itu.
"Khabib sangat cemerkap dan aksinya mudah diramal. Khabib tak boleh lawan kepantasan Conor...dia sangat perlahan.
"Dia akan terkulai seawal pusingan pertama. Tumbukan Conor sangat padu, tengkorak pun boleh retak," kata Tony.
Seperti Conor, Tony juga bermulut celupar dan lantang mengkritik cara didikan dan latihan bapa Khabib, Abdulmanap.
"Bapa jenis apa membiarkan anak kecilnya bermain dengan beruang? Itu bukan latihan...itu adalah satu bentuk penderaan.
"Mereka hidup seperti di zaman gelap...Apa ni? Bukankah sekarang kita hidup di abad ke-21," katanya.
Apa pun, kekalahan memalukan Conor pada Ahad lalu telah memberi tamparan hebat buat Tony.Mungkin benar kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Abdulmanap
#Ariel Helwani's MMA Show
#Conor McGregor
#Khabib Nurmagomedov
#Las Vegas
#lightweight
#media sosial
#Mixed Martial Arts
#MMA
#petarung Rusia
#UFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan