Bapa jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, meninggal dunia

Fareez Azman
Jun 11, 2021 11:58 MYT
FAM mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketika pasukan Harimau Malaya sedang menunggu untuk beraksi menentang Vietnam dalam aksi pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2021 tengah malam ini waktu tempatan, bapa kepada Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe meninggal dunia pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu ciapan di Twitter pada petang tadi.

Takziah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak, 95, pada hari ini, Jumaat 11 Jun 2021.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/EMGGn7NPxG

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak, 95, pada hari ini, Jumaat 11 Jun 2021," jelas ciapan itu.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu ciapan di Twitternya turut menzahirkan ucapan takziah kepada Cheng Hoe sekeluarga.
"Dukacita mendengar khabar ini.
"Takziah saya ucapkan kepada Tan Cheng Hoe sekeluarga atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak," jelas Reezal.

Dukacita mendengar khabar ini. Takziah saya ucapkan kepada Tan Cheng Hoe sekeluarga atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak. https://t.co/iCzpLdyQzE

— Reezal Merican (@reezal_merican) June 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kami di Astro AWANI turut mengucapkan takziah kepada Cheng Hoe atas kehilangan orang tersayang ketika berada di luar negara.
Skuad Harimau Malaya bakal beraksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai jam 8.45 malam ini (Waktu UAE), bersamaan jam 12.45 tengah malam ini (Waktu Malaysia).
#Reezal Merican Naina Merican #Twitter #FAM #Astro #Astro Awani #Harimau Malaysia #Vietnam #Dubai #UAE #bola sepak #sukan #Persatuan Bola Sepak Malaysia #Malaysia #ketua jurulatih #bapa #meninggal dunia #takziah