PENYERANG sensasi Barcelona Lionel Messi berharap, kelab kesayangannya mampu menutup musim gemilang 2015 dengan kejayaan meraih Piala Dunia Kelab FIFA di Jepun.

Empat piala sudah berada dalam genggaman Barcelona setakat ini sepanjang 2015. Barca dinobat selaku juara La Liga, juara Piala Raja Sepanyol, juara Piala Super UEFA dan pastinya Liga Juara-Juara Eropah 2014 / 2015.

Kejayaan muncul juara dalam saingan elit pentas Eropah melayakkan kelab bimbingan Luis Enrique ini terus ke peringkat separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA di Yokohama.

Mungkin kejohanan ini tidak sehebat semua kejohanan yang disertai barca tetapi tidak bagi Leo Messi. dia mahu rakan-rakanya fokus dan serius dalam menghadapi wakil asia, Ghuangzhao Evergrande.

Muncul selaku Juara Liga Juara-Juara Asia 2014 / 2015 menyaksikan skuad yang diperkuat 2 bintang Brazil, Paulinho dan Robinho dari China ini sebagai pencabar hebat buat Barca.

Justeru Messi yakin hanya fokus 100 peratus sahaja mampu membawa Barca ke final edisi kali ini sebagai penutup musim gemilang Barcelona di pentas dunia.

Mampukah Barcelona melangkah ke final Piala Funia Kelab FIFA? Saksikan secara langsung separuh akhir antara Barca menentang Guangzhou Evergrande pada Khamis jam 6:25 petang di Astro Supersport 3 dan saluran HD 833.