SPORTS
Barcelona kolaborasi bersama penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Travis Scott
Kolaborasi ini melambangkan komitmen Barcelona dalam menghubungkan dunia muzik dan fesyen dengan bola sepak. - Stadium Astro
BARCELONA baru ini telah berkolaborasi bersama pemuzik ternama, Travis Scott dalam aksi kemenangan El Clasico 4-3 baru ini.
Ringkasan AI
- Barcelona berkolaborasi dengan Travis Scott dalam aksi kemenangan 4-3 ke atas Real Madrid dalam El Clsico, menampilkan jersi Blaugrana khas dengan logo Cactus Jack, label muzik milik Travis Scott.
- Travis Scott turut menghadiri perlawanan untuk menyokong Barcelona serta mengadakan konsert di Tres Xemeneies menjelang aksi tersebut, mempersembahkan lagu-lagu hitnya seperti "FE!N", "4X4", dan "SICKO MODE".
- Kolaborasi ini melambangkan komitmen Barcelona dalam menghubungkan dunia muzik dan fesyen dengan bola sepak, menjadikannya satu gabungan unik antara sukan dan budaya popular.
Tatkala Barcelona meraih kemenangan 4-3 ke atas musuh tradisi, Real Madrid, turut mencuri tumpuan adalah kolaborasi jersi ikonik mereka, Blaugrana, bersama logo 'Cactus Jack' iaitu label rekod muzik milik, Travis Scott.
Travis berada di tepi padang untuk menyokong pemain Barcelona ketika mereka berjalan keluar ke padang memakai versi jersi Blaugrana ikonik yang menampilkan logo Cactus Jack. Dan akhirnya, mereka muncul sebagai pemenang menentang musuh ketat mereka dalam edisi terbaru pertembungan El Clásico.
Dalam pada itu, Travis juga telah membuat satu konsert yang berlangsung di Tres Xemeneies menjelang aksi El Clasico itu dengan mempersembahkan lagu-lagu ikonik seperti "FE!N", "4X4", dan "SICKO MODE" sekaligus menjadi pemuzik pertama membuat persembahan di venue itu.
Kolaborasi Barcelona bersama salah satu artis muzik paling berpengaruh generasi kini sekali gus mencerminkan komitmen menghubungkan muzik dan fesyen ke dalam dunia bola sepak. -- Stadium Astro