GERGASI La Liga Sepanyol, Barcelona dan kumpulan legenda rock n roll 1962, Rolling Stones bergabung dan kit pasukan itu akan menampilkan logo lidah dan bibir terkenal kumpulan tersebut untuk perlawanan El Clasico menentang Real Madrid di Estadi Olimpic Lluis Companys minggu depan, umum kelab berkenaan pada Jumaat.
Perkhidmatan penstriman muzik Spotify telah menaja Barcelona sejak musim 2021/22, dan kelab itu sebelum ini pernah mengadakan kempen menampilkan Drake dan penyanyi Sepanyol, Rosalia, dan terkini giliran peminat rock boleh mendapat kepuasan.
"FC Barcelona dan Spotify telah melakukannya sekali lagi. Jersi yang akan dipakai Barca pada El Clasico pada 28 Oktober ini sekali lagi akan menjadi ikon yang akan menarik perhatian seluruh dunia.
"Logo Tongue and Lips The Rolling Stones (Mick Jagger, Keith Richards dan Ronnie Wood) akan menggantikan logo Spotify pada kit legenda FC Barcelona," kata kelab itu.
Album terbaru The Rolling Stones, Hackney Diamonds, dikeluarkan pada Jumaat, dan jersi itu akan tersedia untuk dibeli mulai 23 Oktober.
Pasukan wanita Barca juga akan memakai baju itu untuk perlawanan mereka menentang Sevilla pada 5 November.
"Kami peminat besar bola sepak dan kami berbesar hati kerana Spotify meletakkan logo Tongue & Lips kami pada jersi FC Barcelona untuk meraikan pelancaran album baharu Stones 'Hackney Diamonds'.
"Kami akan bersorak untuk pemain-pemain di padang serta peminat di seluruh dunia yang akan menonton perlawanan ikonik ini," kata Rolling Stones.
Bagi mereka yang tidak dapat membeli baju edisi terhad, peminat juga boleh membeli pakej album edisi terhad yang menampilkan album vinil dengan lambang Barca dan jersi retro. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 20 2023
Anggota Rolling Stones memegang jersi Barcelona dengan lidah ikonik, selepas kelab Catalan itu mengumumkan akan memakai jersi tersebut dalam perlawanan Clasico menentang Real Madrid. - Foto agensi
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gambar detik mula perjalanan karier Rolling Stones, yang tidak pernah disiar
Gambar-gambar itu adalah rakaman peristiwa dan perjalanan karier kumpulan muzik berkenaan yang tanpa disedari menjadi fenomena antarabangsa.