awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BATC 2024: Pemain Myanmar bantu persiapan sukad wanita negara

Bernama
Bernama
10/02/2024
22:40 MYT
BATC 2024: Pemain Myanmar bantu persiapan sukad wanita negara
Menurut Siti Nurshuhaini kaedah latihan itu dapat membantu meningkatkan gaya permainannya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Latihan pemain perseorangan wanita negara dimantapkan dengan khidmat tiga pemain perseorangan lelaki Myanmar menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Setia Alam bermula Selasa depan.
Mereka ialah Hein Htut, 18; Zaw Lin Htoo, 20, dan Nyon Shaine Lin, 15, yang bertindak sebagai rakan sepelatih kepada Goh Jin Wei, K.Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman dan Ling Ching.
Menurut Siti Nurshuhaini kaedah latihan itu dapat membantu meningkatkan gaya permainannya.
"Saya rasa seronok sebab dapat sparring dengan pemain berlainan jantina, dekat situ kita dapat belajar perkara baharu...sebelum ini kita berlatih dengan pemain-pemain wanita negara sahaja.
"Malah kami tengok cara mereka (pemain Myanmar) bermain ini juga lebih kurang dengan lawan yang kita akan jumpa dekat BATC nanti dan harap ia boleh bantu saya dan pemain-pemain Malaysia yang lain," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara di sini.
Dalam pada itu Siti Nurshuhaini berkata persiapan skuad wanita negara secara keseluruhannya berjalan lancar setakat ini.
"Harapan saya dan pasukan sudah tentu kalau boleh kita nak memperbaiki keputusan edisi lalu," katanya.
Skuad negara yang menamatkan saingan edisi lepas di tempat ketiga, diundi dalam kumpulan Y bersama-sama Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Selain barisan pemain perseorangan, cabaran pasukan wanita negara bagi BATC kali ini turut digalas pasangan beregu Pearly Tan-M Thinaah, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan dan Mei Xing-Tan Zhing Yi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BATC
#pasangan beregu
#sukad wanita negara
#berlainan jantina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan