KEPIMPINAN baharu Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dinasihati menjelaskan denda AS$15,000 (RM62,779.50) yang dikenakan terhadap badan induk sepak takraw negara tersebut terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang permohonan menyertai semula Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).
Malah menurut Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader, ia berikutan kegagalan PSM mematuhi keputusan dan pembayaran denda diarahkan Jawatankuasa Tatatertib ASTAF sebelum ini yang perlu dibayar kepada badan induk sepak takraw Asia tersebut.
"Terlebih dulu bagai pihak ASTAF, saya ucapkan tahniah kepada kepimpinan baharu PSM yang diketuai Datuk Mohd Sumali Reduan, dan saya juga ingin maklumkan bahawa ASTAF telah pun menerima permohonan daripada kepimpinan baharu untuk menyertai semula gabungan ini.
"Namun di sini ingin saya jelaskan kembali bahawa permohonan daripada kepimpinan baharu PSM belum dapat dipertimbangkan sebaliknya kekal kerana badan induk tersebut masih belum menjelaskan denda AS$15,000 dikenakan selepas keputusan perbicaraan tatatertib ASTAF ke atas PSM pada 20 Mei 2021.
"Hukuman dikenakan terhadap PSM sebelum ini bersifat penyingkiran selepas salah seorang daripada kepimpinan tertinggi PSM terdahulu dibawa ke perhatian Jawatankuasa Tatatertib ASTAF dan seterusnya dipecat.
"Memandangkan PSM gagal mematuhi dapatan dan pembayaran balik, permohonan PSM tampak terlalu awal,” kata Halim," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Untuk rekod, PSM sebelum ini digugurkan keahlian daripada ASTAF dalam satu sesi pendengaran secara maya yang dihadiri panel antaranya dari India, Indonesia, Iran, Jepun dan Thailand pada 20 Mei lalu.
Keputusan juga menyaksikan badan induk sepak takraw negara itu turut dikenakan denda AS$15,000 sekiranya berhasrat membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan tersebut.
PSM dikenakan tindakan tersebut berikutan tindakan Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail yang juga Timbalan Presiden ASTAF pada ketika itu menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 24 Februari lalu.
Pada masa sama Abdul Halim juga mengesahkan ASTAF telah pun menerima permohonan daripada Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) diketuai Presidennya, Datuk Suhaili Abdul Rahman untuk menyertai gabungan tersebut.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 24 2022

ABDUL HALIM: Memandangkan PSM gagal mematuhi dapatan dan pembayaran balik, permohonan PSM tampak terlalu awal. - Gambar fail/Astro ARENA

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul
![[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan [TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976095/thumbnails/11644311721656649310051_640x360.jpg)
[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan
Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di Putrajaya.

Fernandinho ucap selamat tinggalkan kepada Man City
Paranaense mengesahkan Isnin lalu bahawa perjanjian telah disediakan untuk menandatangani semula Fernandinho.

AWANI Ringkas: Peranan media sampaikan berita sebenar
![]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia ]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976090/thumbnails/11644311681656647904910_640x360.jpg)
]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. #AWANInews #MalaysiaBangkit

Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan
Program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan.

Modul antirasuh diperluas dalam kalangan pelajar TVET
Rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini.

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

Piala AFC: PSM Makassar bidas jadual berat sebelah
Tavares menganggap pemilihan Stadium KLFA untuk kempen Kumpulan H itu membebankan skuadnya.

PSM tak arah guna penyodok, kadbod buang air bertakung di Stadium Nasional
Tindakan mengeluarkan air secara manual itu tidak sepatutnya dilakukan kerana venue tesebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik.

MSC tunggu MOM buka pintu sebagai ahli gabungan
MSC hanya mahu menjadi sebahagian daripada MOM dalam misi memperkasakan sukan tradisional itu.

Pengeluaran KWSP: Anwar jawab dakwaan raih undi untuk menang PRN Johor
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, PSM mungkin tidak membaca secara menyeluruh konteks berhubung desakan pengeluaran KWSP.

ASTAF tolak permohonan PSM untuk diterima semula sebagai gabungan
Keputusan menyingkirkan PSM pada 20 Mei tahun lepas kekal muktamad berdasarkan keputusan terbaharu pada Jumaat lepas.

'Bayar dulu denda, baru hantar permohonan'
Abdul Halim berkata, PSM gagal mematuhi keputusan dan pembayaran denda diarahkan Jawatankuasa Tatatertib ASTAF sebelum ini.

PSM mahu 'berdamai' dengan ASTAF
PSM akan memulakan perbincangan dan langkah 'pendamaian' dengan ASTAF.

PRN Johor: Pengarah filem calon tunggal PSM
Parti Sosialis Malaysia (PSM) malam ini mengumumkan akan bertanding satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

MSC sedia dibubar jika ASTAF pilih PSM
MSC bersedia dibubarkan jika Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) tidak mengiktiraf mereka sebagai badan induk utama negara.

Kepimpinan baharu PSM janji selesai kemelut ASTAF secepat mungkin
Mohd Sumali berkata beliau berharap dapat memulihkan kembali nama baik PSM serta mengembalikan hubungan baik bersama ASTAF.