awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayar pampasan jika mahu dapatkan pemain Akademi Mokhtar Dahari

Bernama
Bernama
22/12/2019
09:56 MYT
Bayar pampasan jika mahu dapatkan pemain Akademi Mokhtar Dahari
AHMAD SHAPAWI: Tanda harga itu bukan harga jualan pemain, sebaliknya insentif dalam bentuk pampasan kepada akademi berkenaan. - Gambar fail
Majlis Sukan Negara (MSN) akan meletakkan tanda harga, kepada kelab bola sepak yang berminat mendapatkan khidmat pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD), untuk mewakili pasukan masing-masing pada masa akan datang.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail bagaimanapun menegaskan, tanda harga itu bukan harga jualan pemain, sebaliknya insentif dalam bentuk pampasan kepada akademi berkenaan, yang mendidik dan membangunkan bakat baharu pemain bola sepak tempatan.
Katanya Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga mempunyai skema, berhubung pemain yang dibentuk daripada program pembangunan bakat, dan tanda harga itu berkemungkinan dilaksana tahun hadapan.
"Sebelum ini mereka (kelab) lebih banyak berurusan dengan ibu bapa dan keluarga untuk mendapatkan pemain, tetapi kini ia perlu melalui akademi (AMD).
"Insentif ini seperti suatu bentuk pampasan bagi akademi, yang telah berusaha membangunkan pemain itu, dan ia akan digunakan sebaik-baiknya untuk membangunkan pemain baharu lain," katanya kepada pemberita di AMD di sini, hari ini.
Ahmad Shapawi berkata MSN yang menguruskan projek pembangunan itu, percaya mekanisme baharu tersebut dapat membantu hasrat AMD melahirkan pemain berkebolehan yang berupaya mewakili negara dan kelab pada masa hadapan.
Berikutan ketetapan tersebut, pemain AMD tidak lagi boleh dipancing secara percuma oleh mana-mana kelab yang berminat, untuk mendapatkan khidmat mereka.
Mengulas mengenai Kejohanan Supermokh 2019 yang menutup tirai semalam, Ahmad Shapawi berkata penganjuran tahun ini menampilkan kelainan, kerana memberi tumpuan kepada kelab dari Asia selain pertama kalinya diadakan di luar Kuala Lumpur.
"Kejohanan kali ini merupakan pendedahan kepada pemain AMD untuk bersaing di peringkat Asia, bagi melihat kualiti pertandingan dan pemainnya sebelum kembali menjemput pasukan dari Eropah dan Asia pada tahun hadapan," katanya.
Sebagai rekod, penganjuran kali ini memasuki edisi kelima, dan ia kali pertama dianjurkan di luar kawasan Lembah Klang iaitu di AMD di Gambang, Pahang.
Kali terakhir Piala Supermokh diadakan pada 2017 yang menyaksikan tiga wakil negara mara ke final setiap kategori, namun masing masing tunduk kepada pasukan B-14 Arsenal, pasukan B-13 AZ Alkmaar dan pasukan B-12 Sporting CP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Shapawi Ismail
#Akademi Mokhtar Dahari
#AMD
#bola sepak
#FIFA
#insentif
#khidmat pelatih
#Majlis Sukan Negara
#pelatih
#Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan