JOSHUA Kimmich berkata penyandang Liga Juara-Juara (UCL) Bayern Munich bernasib baik untuk meraih kemenangan selepas dia menjaringkan gol kedua pasukan ketika mengatasi Lokomotiv Moscow 2-1 awal pagi tadi.
Kimmich meledak gol pada minit ke-79 bagi memastikan rekod kemenangan ke-13 berturut-turut dalam saingan UCL buat juara Bundesliga dan Eropah itu, tetapi bintang Bayern itu mengakui mereka tidak berdepan tugas mudah di RZD Arena.
Lokomotiv terlepas peluang untuk mendahului perlawanan sebelum Leon Goretzka membuka jaringan pada minit ke-13, dan tuan rumah menemui jaringan menerusi Anton Miranchuk awal pagi tadi.
Penyamaan menghasilkan situasi tegang di Moscow dan kualiti Kimmich berjaya menyinar apabila melepaskan rembatan dari jarak jauh, sebelum memuji lawan mereka selepas tamat perlawanan.
"Saya fikir Lokomotiv telah mengharungi perlawanan yang hebat," kata Kimmich.
"Mereka bagus dalam peralihan, menyerang dengan beberapa pemain pantas. Ia tidak mudah dalam separuh masa kedua tetapi pada akhirnya kami bernasib baik kerana berjaya pulang dengan kemenangan.
"[Ia adalah] satu kemenangan yang benar-benar sengit. Kami tidak bermain dengan teruk, tetapi kami sepatutnya menyelesaikannya lebih awal."
Bayern kekal tanpa tewas dalam 14 perlawanan di tempat lawan dalam saingan Eropah -- dalam sejarah Piala Eropah/UCL, hanya Manchester United (16) yang memiliki rekod yang lebih beraksi di tempat lawan.
Astro Arena
Wed Oct 28 2020

Pemain Lokomotiv Daniil Kulikov (kiri) menendan bola di hadapan Kimmich dalam perlawanan UCL Kumpulan A antara Lokomotiv Moscow dan Bayern Munich di Moscow, Rusia, 27 Okt, 2020. (Foto AP)

Laporan Khas | APMM: Selat Melaka 'laluan utama' PATI
Perairan Selat Melaka menjadi laluan air utama bagi pendatang tanpa izin menceroboh negara ini. Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus giat melakukan Operasi Khas Belangkas dan Benteng Laut bagi memastikan kedaulatan maritim negara terus terpelihara.

Agenda AWANI: COVID-19 | PdPR dalam talian, cabaran dan solusi
Cara pembelajaran berubah sama sekali akibat COVID-19. Agenda AWANI akan memfokuskan topik hangat ini dalam satu sesi dialog bersama tiga panelis daripada bidang pendidikan. Diskusi Nazri Kahar mengenai PdPR dalam talian, cabaran serta solusi ketika pandemik jam 830 malam ini di saluran 501 dan astroawani.com.

Tahun Baharu Cina: Penduduk akur saranan kerajaan
Saranan Kerajaan China agar penduduk tidak keluar dari kawasan masing-masing sempena cuti Tahun Baharu Cina tahun ini menyaksikan tempahan hotel di pinggir bandar naik mendadak. Antara yang menyaksikan kenaikan signifikan ialah hotel di pekan Gubei di pinggir Beijing.

Pemulihan sektor perindustrian China kekal mapan
Sektor perindutrian China mengekalkan pemulihan mapan walaupun mencatatkan kejatuhan 8.4 peratus bagi suku pertama 2020. Prestasi sektor berkenaan kembali meningkat pada suku selebihnya bagi tahun 2020.

Vaksin COVID-19 | Ribuan petugas kesihatan Nepal mula terima vaksin
Ribuan petugas kesihatan di Nepal, berbaris menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu. Program vaksinasi kepada petugas barisan hadapan itu bermula ketika negara itu melancarkan kempen yang menyasarkan kesemua rakyatnya disuntik vaksin dalam masa tiga bulan.

Gunung berapi | Gunung Merapi muntahkan lava terbesar
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi sekali lagi meletus pada Rabu dengan menghamburkan debu, selain aliran lava sepanjang 1,500 meter ke lereng gunung.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (27 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (27 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887443/8967789641611753111819_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (27 Jan 2021)

Bicara Anak Muda | Perkasakan institusi semak dan imbang bagi banteras rasuah
Selain COVID-19, ini satu lagi virus yang membimbangkan di negara kita gejala rasuah! Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Siri Bicara Anak Muda anjuran Majlis Profesor Negara, mendedahkan realiti berhubung gejala rasuah yang beliau alami sewaktu menjadi sebahagian daripada kerajaan selama 22 bulan amat parah, dan memerlukan pendekatan lebih agresif.

Bicara Anak Muda | Rakyat dan pemimpin harus berganding bahu hapuskan budaya rasuah
Seorang lagi panelis Siri Bicara Anak Muda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat, biarpun usaha membanteras rasuah perlu dimulakan oleh pemimpin, namun rakyat juga mempunyai peranan yang sama. Ketua Pemuda UMNO itu berkata, dalam usaha menanam sifat integriti, ia perlu bermula di rumah sebagai ketua keluarga, dalam kalangan ahli keluarga, dan seterusnya masyarakat sekeliling.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

Bayern bernasib baik pulang dengan kemenangan - Kimmich
Kimmich meledak gol pada minit ke-79 bagi memastikan rekod kemenangan ke-13 berturut-turut dalam saingan UCL buat juara Bundesliga dan Eropah itu.

UCL: Bayern Munich juara Eropah, tumpaskan PSG 1-0
Babak pertama perlawanan Bayern dan PSG yang berlangsung di Lisbon itu menyaksikan beberapa percubaan PSG hadir menerusi Kylian Mbappe.

Kimmich yakin Werner cemerlang di Russia
Werner telah menggantikan tempat Mario Gomez selaku penggempur utama Jerman dan Kimmich percaya dia memiliki kemampuan untuk membalas kepercayaan yang diberikan pengendali, Joachim Low.