KUALA LUMPUR: Bekas pelari 800 meter (m) dan 1,500m Olimpik negara, R Subramaniam meninggal dunia pada usia 82 tahun, hari ini.
Berita pemergian bekas pelari jarak sederhana negara era 60-an itu yang turut memiliki pengalaman bersaing di Sukan SEAP (kini dikenali sebagai Sukan SEA), Sukan Komanwel dan Sukan Asia dimaklumkan Naib Presiden Persatuan Olahraga Negeri Sembilan Datuk RRM Krishnan menerusi kiriman WhatsApp.
Difahamkan, Subramaniam menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang selepas mengadu mengalami sakit dada.
Ketika dihubungi Bernama, bekas Jurulatih Skuad Olahraga Kebangsaan C Ramanathan berkata mendiang merupakan salah seorang atlet bercita-cita tinggi.
Walaupun skop tugas Ramanathan lebih tertumpu kepada acara pecut, beliau sering terdengar nama Subramaniam disebut-sebut dalam kalangan atlet serta jurulatih yang mengagumi potensi tinggi dimilikinya.
"Salah seorang pelari jarak sederhana dan jauh yang hebat, beliau melakukannya dengan cemerlang, sumbangannya kepada sukan olahraga Malaysia amat terserlah dan patut dibanggakan. Saya terkejut mendengan berita pemergiannya," kata beliau.
Sementara itu, bekas atlet dan jurulatih olahraga kebangsaan Harun Rasheed menyifatkan mendiang yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara sebelum bersara sebagai Timbalan Pengarah, Penjara Kajang seorang yang mudah didekati dan tidak lokek berkongsi ilmu.
"Dia merupakan senior dan saya junior ketika itu. Dia memang atlet yang merendah diri, tak sombong. Kami sama-sama tinggal di satu taman di Kajang sebelum dia berpindah dan kami terputus hubungan. Selepas itu hanya beberapa kali terserempak di pasar berdekatan," katanya.
Subramaniam dilahirkan di Selangor pada 24 Oktober 1939 mendapat pendidikan di Sekolah Kishan Dial hingga tamat Tingkatan Lima sebelum mula aktif dalam bidang olahraga pada usia 19 tahun.
Selain membuat penampilan di Sukan Olimpik 1964 di Tokyo dan edisi 1968 di Mexico City, antara penyertaan dan pencapaian Subramaniam adalah merangkul pingat perak di Sukan Asia 1966 di Bangkok masing-masing dalam acara 800m dan 1,500m.
Mendiang turut memenangi pingat emas dalam kedua-dua acara kegemarannya itu pada Sukan SEAP 1965 di Kuala Lumpur sebelum sekali lagi mendominasi acara 800m, 1,500m dan 5,000m pada edisi 1967 di Bangkok.
Selepas bersara dari arena olahraga, mendiang menabur bakti sebagai jurulatih bersama skuad olahraga kebangsaan menghadapi Sukan SEA 1975 dan 1977.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Bekas pelari 800 meter (m) dan 1,500m Olimpik negara, R Subramaniam meninggal dunia pada usia 82 tahun, hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Bekas atlet Olimpik, R Subramaniam meninggal dunia
Bekas pelari 800 meter (m) dan 1,500m Olimpik negara, R Subramaniam meninggal dunia pada usia 82 tahun, hari ini.