SUKAN
Bekas bintang Arsenal mengaku tidak bersalah tuduhan rogol tiga wanita
Thomas Partey menepis dakwaan terhadap dirinya selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rogol dan serangan seksual ketika sebutan kes di Mahkamah Southwark, semalam.
BEKAS pemain tengah Arsenal, Thomas Partey menepis dakwaan terhadap dirinya selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rogol dan serangan seksual ketika sebutan kes di Mahkamah Southwark, semalam.
Terdahulu, pemain kebangsaan Ghana itu dituduh atas dua kesalahan tersebut membabitkan tiga wanita dan kesalahan itu dilaporkan berlaku antara 2020-2022.
Bintang berusia 32 tahun itu masih dibenarkan beraksi bersama kelab baharunya, Villarreal, apabila dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan yang dijadualkan berlangsung 2 November 2026 depan.
Kontrak Partey dengan Arsenal berakhir pada hari Isnin 30 Jun berikutan tempoh lima tahun bersama pasukan Liga Perdana Inggeris itu.
Pemain tengah itu, yang menyertai Arsenal dari Atletico Madrid pada 2020, membuat 167 penampilan untuk kelab London Utara itu.
Dia beraksi untuk pasukan kendalian Mikel Arteta sebanyak 35 kali dalam liga musim lalu dan menjaringkan empat gol ketika mereka menduduki tempat kedua. - Stadium Astro