SUKAN
Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng dilaporkan kemalangan, dalam keadaan kritikal
Tat Meng merupakan individu yang bertanggungjawab membantu Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris tahun lalu. - Stadium Astro
BEKAS jurulatih perseorangan negara, Wong Tat Meng, dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua motosikal di Sydney, Australia hujung minggu lalu.
Ringkasan AI
Menurut laporan, dua buah motosikal bertembung di Putty Road, Garland Valley dan salah seorang penunggang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Laporan berkenaan juga memaklumkan seorang lagi penunggang berusia 58 tahun dikejarkan ke New South Wales oleh pasukan perubatan dalam keadaan kiritkal.
Individu berkenaan dilaporkan merupakan bekas jurulatih kepada perseorangan negara, Lee Zii Jia, iaitu Tat Meng.
Tat Meng kini difahamkan berada dalam unit rawatan rapi (ICU) dalam keadaan kritikal.
Sebagai rekod, Tat Meng merupakan individu yang bertanggungjawab membantu Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris tahun lalu. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Bekas jurulatih perseorangan negara, Wong Tat Meng, kini berada dalam keadaan kritikal di ICU selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Sydney, Australia.
- Kemalangan berlaku di Putty Road, Garland Valley, melibatkan dua motosikal; seorang penunggang maut di lokasi, manakala Tat Meng, 58, dikejarkan ke hospital.
- Tat Meng pernah melatih Lee Zii Jia, membantu meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris tahun lalu.