SPORTS

Bekas kapten bola sepak Pulau Pinang Aziz Azizan meninggal dunia

Astro Awani 16/01/2019 | 09:21 MYT
BEKAS kapten bola sepak Pulau Pinang, Aziz Azizan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang Rabu di Hospital Pulau Pinang, - Gambar fail
BEKAS kapten bola sepak Pulau Pinang, Aziz Azizan menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun pada pukul 4.30 petang Rabu.
Berita sedih pemergian pemain yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang selepas koma akibat darah tinggi dikongsi oleh pengulas sukan, Zachki Ahmad Suri di laman Facebooknya pada Rabu.
Allahyarham merupakan anak kelahiran Pulau Mutiara dan dibesarkan di Bagan Ajam, Butterworth.
Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan berhubung pengebumian Allahyarham.
Al-Fatihah.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Aziz Azizan #belasungkawa #bola sepak #kapten #pulau pinang