awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ketua pasukan Brazil, Menezes ambil alih Fluminense

Bernama
Bernama
02/07/2024
07:15 MYT
Bekas ketua pasukan Brazil, Menezes ambil alih Fluminense
Menezes, 62, menggantikan Fernando Diniz, yang dipecat minggu lalu selepas prestasi buruk. Gambar/ X - Sport Club Internacional
RIO DE JANEIRO: Bekas pengurus pasukan kebangsaan Brazil, Mano Menezes telah bersetuju dengan kontrak selama enam bulan sebagai ketua jurulatih Fluminense, kata kelab Rio de Janeiro pada Isnin, menurut Xinhua.
Menezes, 62, menggantikan Fernando Diniz, yang dipecat minggu lalu selepas prestasi buruk.
"Dengan kontrak yang berlanjutan sehingga akhir 2024, jurulatih itu memulakan tugasnya pada Selasa ini," kata Fluminense dalam satu kenyataan ringkas di media sosial.
Juara empat kali liga utama Brazil itu kini berada di kedudukan terakhir dalam 20 pasukan Serie A dengan hanya satu kemenangan daripada 13 perlawanan setakat ini.
Menezes, yang merupakan pengurus pasukan kebangsaan Brazil dari 2010 hingga 2012, tidak bekerja sejak berpisah dengan Corinthians pada Februari.
Perlawanan pertama Menezes sebagai ketua jurulatih Fluminense adalah pertemuan di tempat sendiri menentang Internacional pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#bekas pengurus
#Mano Menezes
#Fluminense
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan