awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain Harimau Malaya Gopinath meninggal dunia

Bernama
Bernama
25/05/2025
01:20 MYT
Bekas pemain Harimau Malaya Gopinath meninggal dunia
MFL turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Gopinath susulan pemergian mendiang semalam. - Foto MFL
KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan T Gopinath Naidu dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun, semalam.
Khabar duka itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman Facebook.
"FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang T Gopinath Naidu. Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan era 90-an selain pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur (1992-1994) dan Perak (1996)," menurut hantaran itu.
Gopinath yang diberi julukan Kuala Lumpur Wonder Boy pernah membantu skuad The City Boys memenangi kejuaraan Piala FA pada 1993 dan 1994.
Persembahan cemerlang Gopinath membawanya ke pentas antarabangsa termasuk bersama Aston Villa di England dan Bayern Leverkusen di Jerman.
Namun, Gopinath bergelut dengan kecederaan lutut yang memaksanya bersara pada 1999, ketika usianya 25 tahun.
Bersama skuad Harimau Malaya, Gopinath pernah membantu pasukan antaranya pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun dan pusingan kelayakan Sukan Olimpik Atlanta 1996.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#bekas pemain bola meninggal dunia
#T Gopinath Naidu
#Kuala Lumpur Wonder Boy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami