[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
SPORTS

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya

Bernama 19/04/2025 | 11:30 MYT
Pokrivac terlibat dalam kemalangan di Karlovac, kira-kira 50 kilometer barat daya Zagreb, ketika dalam perjalanan pulang daripada sesi latihan bersama beberapa rakan sepasukan. - Gambar/ IG sportskeeda_football
BERLIN: Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun, lapor agensi berita Jerman dpa memetik Persekutuan Bola Sepak Croatia (HNS) pada Sabtu.
Menurut laporan media tempatan, Pokrivac terlibat dalam kemalangan di Karlovac, kira-kira 50 kilometer barat daya Zagreb, ketika dalam perjalanan pulang daripada sesi latihan bersama beberapa rakan sepasukan.
Presiden HNS, Marijan Kustic menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
"Nikola seorang pemain bola sepak yang hebat dan tetap mencintai sukan ini hingga ke akhir hayatnya.
"Beliau juga menunjukkan semangat juang luar biasa dalam perjuangannya melawan penyakit," katanya.
Pokrivac pernah menjalani rawatan untuk penyakit limfoma Hodgkin.
Sepanjang kerjayanya, beliau mewakili pasukan kebangsaan Croatia sebanyak 15 kali, termasuk dalam saingan Euro 2008.
Di peringkat kelab, beliau pernah bermain untuk Dinamo Zagreb, AS Monaco dan Red Bull Salzburg.
Beliau bersara daripada bola sepak profesional pada 2015 akibat masalah kesihatan, namun terus aktif dalam sukan itu melalui penyertaannya bersama beberapa kelab.
-- BERNAMA
#kemalangan maut #pemain bola sepak #Crotia #Nikola Pokrivac