awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain Manchester United jadi posmen

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2024
00:30 MYT
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Marnick Vermijl merupakan produk akademi Manchester United dan kini bekerja sebagai posmen secara separuh masa di negaranya Belgium. - Foto Agensi/Sinar Harian
BEKAS pertahanan Manchester United, Marnick Vermijl mengakui dia sudah muak dengan bola sepak profesional.
Disebabkan itu, Vermijl mula bekerja sebagai posmen secara separuh masa di negaranya, Belgium.
Vermijl merupakan produk akademi Red Devils, bermain untuk pasukan bawah 18 tahun (B-18) kelab itu sebelum dinaikkan ke pasukan senior pada tahun 2012.
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum dijual ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Kini, dia bermain untuk pasukan amatur divisyen satu Belgium, Thes Sport, sebuah kelab yang disertainya empat tahun lalu.
Menurut Manchester Evening News, Vermijl kini menghabiskan masa antara bermain untuk Thes Sport dan bekerja sebagai posmen.
“Saya sudah muak dengan bola sepak profesional.
“Sebagai posmen pula, saya perlu bangun pada pukul empat pagi.
“Tetapi sekarang saya boleh pulang sekitar tengah hari dan mengambil anak-anak dari sekolah setiap hari,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Marnick Vermijl
#Belgium
#posmen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan