SUKAN
Bekas pemain Real Madrid diserang strok
Drenthe yang berusia 38 tahun kini berada dalam rawatan rapi dan dilaporkan dalam keadaan stabil. - Gambar/ Stadium Astro
BEKAS pemain sayap Real Madrid dan Everton, Royston Drenthe, kini dirawat di hospital selepas disahkan mengalami serangan strok pada Jumaat lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh FC de Rebellen, agensi yang mewakili beberapa bekas pemain bola sepak termasuk Drenthe sendiri.
Menurut kenyataan agensi berkenaan, Drenthe yang berusia 38 tahun kini berada dalam rawatan rapi dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Mereka turut menyatakan harapan agar beliau pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.
Drenthe memulakan karier profesional bersama Feyenoord sebelum menyertai Real Madrid pada tahun 2007 dan merangkul kejuaraan LaLiga setahun kemudian. Beliau juga pernah beraksi bersama Everton secara pinjaman pada musim 2011-2012, selain mewakili Reading dan Sheffield Wednesday.
Kelab Everton turut menyampaikan sokongan kepada Drenthe menerusi hantaran di platform X (Twitter), dengan menyatakan seluruh warga kelab mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. - Stadium Astro