SUKAN
Bekas pemenang pingat Olimpik maut disambar petir
Groenvold, yang pernah meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Vancouver 2010 disambar petir ketika dalam perjalanan bercuti ke kabinnya. - Foto Astro ARENA
KOMUNITI sukan ski Norway dikejutkan dengan berita sedih pemergian bekas pemenang pingat Olimpik acara ski cross, Audun Groenvold yang meninggal dunia pada usia 49 tahun selepas disambar petir.
Pemergian mendiang disahkan oleh Persekutuan Ski Norway.
Groenvold, yang pernah meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Vancouver 2010 disambar petir ketika dalam perjalanan bercuti ke kabinnya.
"Dengan rasa sedih yang mendalam kami menerima berita pemergian Audun Groenvold yang tidak dijangka ini.
"Bekas atlet ski Alpine kebangsaan dan atlet ski cross itu disambar petir semasa perjalanan ke kabin," kata Persekutuan Ski Norway.
Menurut persekutuan itu, Groenvold dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan untuk kecederaan yang dialaminya akibat sambaran petir tersebut, namun beliau menghembuskan nafas terakhir.
Sepanjang kariernya, Groenvold pernah menjadi ahli pasukan ski Alpine Norway sebelum beralih ke sukan freestyle dan ski cross.
Beliau berjaya meraih satu kedudukan podium sebagai atlet ski Alpine Piala Dunia, menamatkan saingan di tempat ketiga dalam acara menuruni bukit di Sierra Nevada, Sepanyol pada tahun 1999.
Kecemerlangan Groenvold dalam ski cross juga tidak dapat disangkal apabila turut merangkul pingat gangsa di Kejohanan Dunia 2005 dan memenangi Piala Keseluruhan ski cross pada 2007.
Setelah bersara daripada karier sebagai atlet, mendiang aktif berkhidmat sebagai jurulatih pasukan kebangsaan dan juga pengulas televisyen.
"Sukan ski Norway telah kehilangan seorang tokoh terkemuka yang telah banyak menyumbang kepada komuniti ski Alpine dan freestyle," ujar Presiden Persekutuan, Tove Moe Dyrhaug yang menyifatkan pemergian Groenvold kehilangan amat besar. - Sinar Harian