BEKAS penjaring gol terbanyak liga Colombia, Ayron del Valle, dikaitkan untuk menyertai Selangor FC dalam masa terdekat.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Nadi Arena pada Jumaat, penyerang itu berkemungkinan besar akan diumumkan dalam Majlis Hari Jersi Selangor hari ini.
Status penyerang import Selangor FC kini menjadi tumpuan selepas penggempur utama mereka musim lalu, Herlison Caion, berpindah ke pasukan seteru setempat, Kuala Lumpur City FC.
Keadaan itu sudah pasti memacu tumpuan segenap penyokong Merah Kuning, yang mahukan seorang pengganti lebih baik, dan Del Valle kini disebut-sebut sebagai pemain yang akan mengisi kekosongan itu.
Penyerang berusia 34 tahun itu dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai Selangor selepas tidak memperbaharui kontraknya bersama Once Caldas.
Ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, bagaimanapun, masih belum bersedia untuk memberikan sebarang pengesahan mengenai perkara itu.
"Kami masih menantikan penyerang import baru yang akan menggantikan Caion dalam masa terdekat ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Pihak pengurusan akan mengumumkannya dan kami berharap penyerang berkenaan akan dapat memberikan impak yang tepat dan kombinasi betul buat pasukan.
"Kami tidak mahu memberikan tekanan atau permintaan yang terlalu tinggi, kami akan bermula dengan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan," katanya. -Stadium Astro
Astro Arena
Sat Jan 28 2023
Penyerang itu berkemungkinan besar akan diumumkan dalam Majlis Hari Jersi Selangor hari ini. - Stadium Astro
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Ribuan warga Colombia bantah reformasi di bawah pimpinan Gustavo Petro
Ribuan penduduk berarak di bandar-bandar besar di Colombia sebagai protes membantah reformasi politik, ekonomi dan sosial yang disokong Presiden Gustavo Petro.
Colombia usir duta Israel
Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel "meminta maaf dan keluar" selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin.
Piala Dunia Wanita: Colombia, Perancis ke suku akhir
Colombia menewaskan Jamaica dalam pusingan 16 Piala Dunia wanita untuk mencongak perhitungan suku akhir dengan England sambil Perancis pula menamatkan cabaran Maghribi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.
Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan
Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan di Colombia pada Rabu.
Colombia naikkan tahap amaran kemungkinan letusan gunung berapi Nevado del Ruiz
Letusan gunung berapi itu pernah mencetuskan bencana alam terburuk dalam sejarah negara pada November 1985, menyebabkan lebih 23,000 orang terkorban.
Bertahan dengan sos tomato di lautan, syarikat Heinz mohon bantuan jejaki kelasi ini
Syarikat pemprosesan makanan, Heinz kini dalam proses menjejaki seorang kelasi yang selamat selepas hilang berminggu di laut pada Januari lalu.
Colombia: Hakim guna AI ChatGPT untuk buat keputusan
Padilla berkata penggunaan alat itu tidak bercanggah dengan undang-undang Colombia dan membantu menjimatkan masa hakim.
Penyerang Colombia berusia 34 tahun, taruhan terbaharu Selangor FC
Selangor FC hari ini mengumumkan penyerang dari Colombia, Ayron Del Valle menjadi pemain import ketiga skuad Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.