Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu

Ian Johan Ariff
Julai 3, 2018 20:01 MYT
Ujian Belgium seterusnya adalah Brazil di suku akhir Piala Dunia FIFA Rusia 2018. - Gambar fail.
BRAZIL layak ke suku akhir selepas menewaskan Mexico 2-0 dalam perlawanan 16 pasukan terakhir di Rusia 2018.
Skuad A Selecao itu memburu gelaran dunia keenam mereka yang kali terakhir dimenangi pada 2002 di Jepun.
Belgium yang memburu gelaran dunia pertamanya, terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Jepun 3-2, dengan Nacer Chadli menjaringkan gol kemenangan di lewat permainan.
Sepanjang kempen Piala Dunia tahun ini, Brazil sudahpun menjaringkan tujuh gol dengan melepaskan 31 percubaan ke sasaran.
Kedua-dua pasukan bertemu hanya sekali di Piala Dunia, dengan kemenangan berpihak kepada Brazil dengan jaringan 2-0 pada Piala Dunia FIFA 2002, dan Belgium belum pernah menang ke atas Brazil dalam empat pertemuan.
Namun, Belgium lebih efektif kali ini terutama sekali dalam penyudah, dengan menjaringkan 12 gol, iaitu yang terbanyak setakat ini dalam edisi Piala Dunia kali ini.
Jumlah bolos bagi Belgium adalah 4 gol, sementara Brazil setakat ini hanya bolos sekali, semasa menentang Switzerland dalam perlawanan pembukaan kumpulan E.
Bagaimanapun Brazil lebih mahir menguasai bola dalam permainan berbanding Belgium, dengan 58.67% penguasaan setakat ini untuk Brazil dan 55.6% untuk Belgium.
Brazil juga lebih baik dari segi ketepatan membuat hantaran apabila mencatat 87.72% berbanding 85.89% bagi Belgium.
Penjaring terbanyak Belgium setakat ini adalah Romelu Lukaku dengan empat gol diikuti dengan Eden Hazard, dua gol.
Neymar dan Philippe Coutinho masing-masing menjaringkan dua gol untuk Brazil.
Perlawanan suku akhir antara Brazil dan Belgium ini akan berlangsung pada 7 Julai, jam 2 pagi (waktu Malaysia).

#RayaBola2018 Brazil atau Belgium? Mana satu pilihan anda ke separuh akhir Rusia 2018?#PialaDuniaAWANI #Rusia2018 #BRA #BEL

— Bual Bola AWANI #RayaBola2018 #PialaDuniaAwani (@bualbola) July 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Awani FIFA #Belgium #Brazil #Eden Hazard #Neymar #Philippe Coutinho #Piala Dunia 2018 #Raya Bola 2018 #Romelu Lukaku #Rusia 2018