SUKAN
Bellingham pastikan kemenangan ketiga berturut-turut Real Madrid
Madrid kini telah menjaringkan gol dalam 38 perlawanan berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS
REAL Madrid mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Juara-Juara selepas menumpaskan Juventus 1-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.
Ringkasan AI
Jude Bellingham menjadi wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada penampilan sulungnya musim ini dalam kejohanan berprestij itu. Jaringan pemain England itu memastikan skuad bimbingan Xabi Alonso meraih kemenangan ketiga berturut-turut untuk menguasai kumpulan.
Madrid mendominasi babak pertama dengan 14 percubaan tetapi gagal menewaskan penjaga gol Juventus, Michele Di Gregorio, yang cemerlang menafikan percubaan Kylian Mbappé, Brahim Díaz dan Aurelien Tchouaméni.
Juventus hampir mengejutkan tuan rumah sebaik babak kedua bermula apabila Dusan Vlahovic berjaya melepasi kawalan pertahanan, namun diselamatkan Thibaut Courtois dalam situasi satu lawan satu.
Hanya dua minit kemudian, Bellingham memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila menyambar bola muntah selepas rembatan Vinícius Júnior terkena tiang.
Mbappé dan Díaz hampir menambah jaringan, namun usaha mereka disekat oleh Di Gregorio dan barisan pertahanan Juve.
Kemenangan itu juga menandakan penampilan ke-300 Courtois bersama Real Madrid, yang kini hanya berada di belakang legenda Iker Casillas, Paco Buyo dan Miguel Ángel dalam senarai penjaga gol paling banyak beraksi untuk kelab tersebut.
Madrid kini telah menjaringkan gol dalam 38 perlawanan berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara, rentetan terbaik mereka sejak 2018.
Ringkasan AI
- Jude Bellingham menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-57 dalam penampilan sulung musim ini, memastikan kemenangan ketiga berturut-turut Madrid.
- Madrid menguasai babak pertama dengan 14 percubaan, namun penjaga gol Juventus, Di Gregorio, tampil cemerlang; Courtois pula menyelamatkan peluang terbaik Juve.
- Kemenangan ini menandakan penampilan ke-300 Courtois dan lanjutan rekod 38 perlawanan berturut-turut Madrid menjaringkan gol di laman sendiri dalam UCL.