[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
SPORTS

Belum insaf, bintang EPL bertaruh, berjudi lagi?

Astro Arena 12/04/2025 | 02:00 MYT
Sebelum ini, Tonali terpaksa menjalani hukuman penggantungan 10 bulan kerana disahkan bersalah melakukan perjudian. - Stadium Astro
PEMAIN Newcastle United, Sandro Tonali, sekali lagi terpalit dengan kontroversi yang tidak berkesudahan apabila didakwa terlibat dengan satu lagi skandal pertaruhan haram.

Perkara itu dilaporkan oleh media antarabangsa mendapati pemain kebangsaan Itali itu masih melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut, namun siasatan masih dijalankan oleh pihak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Tonali terpaksa menjalani hukuman penggantungan 10 bulan kerana disahkan bersalah melakukan perjudian semasa bermain bersama AC Milan sebelum berkelana di England.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terbaru, Pegawai Pendakwa Itali melaporkan bahawa pemain berusia 24 tahun itu belum insaf sepenuhnya apabila terlibat dengan aktiviti pertaruhan menerusi permainan poker dalam internet yang mempromosikan perjudian menyampaikan wang bagi pihak lain.

Baru-baru ini, Tonali melakukan rembatan deras menembusi jaring pasukan lawan, Brentford, daripada sudut yang sukar dijangka untuk membantu Newcastle United meraih satu mata selepas terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. - Stadium Astro







#Sandro Tonali #Newcastle United #skandal pertaruhan haram #hukuman penggantungan