SUKAN

'Belum pasti, tunggu pengumuman jurulatih Harimau Malaya'

Astro Arena 31/05/2025 | 00:45 MYT
Rodrgio Hogaldo. - Foto Astro ARENA
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkongsikan bahawa pengumuman mengenai status pemain warisan baru skuad negara iaitu Rodrgio Hogaldo akan disampaikan oleh ketua jurulatih sendiri.

Ini susulan pemain berusia 29 tahun itu difahamkan memiliki darah Malaysia daripada sebelah neneknya, sekali gus berpotensi dipanggil untuk ujian getir bertemu Vietnam bagi perlawanan kelayakan Piala Asia, 10 Jun depan.

"Perkara itu kami belum pasti. Kita tunggu pengumuman daripada jurulatih." katanya seperti dilaporkan MakanBola.

Malah, sebelum ini dalam temu buat bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Peter Cklamovski tidak menafikan penyerang America De Cali, Colombia, itu sedang melalui proses berkenaan.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Dia satu daripada ramai, kami mengenal pasti pemain berdarah Malaysia yang bermain di luar negara, kami mempunyai data menyeluruh yang canggih termasuk pemantauan.

"Apa yang penting adalah keinginan mereka untuk mewakili skuad negara, mereka merasa seperti rakyat Malaysia.

"Kemudian selepas kelulusan dokumen, mereka (akan dilayani) seperti pemain lain juga. Saya tidak pasti dia akan diturunkan (menentang Vietnam)." ujarnya.






#Rodrgio Hogaldo #perlawanan kelayakan Piala Asia #pemain warisan #Mohd Joehari Mohd Ayub