Benam England, Sepanyol juara Piala Dunia Wanita FIFA 2023

Bernama
Ogos 20, 2023 14:20 MYT
Sepanyol menjulang kejuaraan Piala Dunia Wanita FIFA 2023 selepas menewaskan England 1-0 pada Ahad. - Foto REUTERS
SYDNEY: Satu nama baharu terukir pada trofi Piala Dunia Wanita FIFA apabila Sepanyol menjadi pasukan kelima merangkul gelaran itu selepas menewaskan England 1-0 di sini pada Ahad, lapor Xinhua.
Olga Carmona menjadi tumpuan perlawanan apabila jaringannya pada minit ke-29 sudah cukup memastikan Sepanyol menjadi negara kedua selepas Jerman menjulang kedua-dua kejuaraan Piala Dunia lelaki dan wanita, dengan pasukan lelaki Sepanyol memenanginya pada 2010.
Ini adalah penampilan ketiga Sepanyol dalam Piala Dunia Wanita, selepas mereka tersingkir di peringkat 16 terakhir empat tahun yang lalu, dan gagal melepasi peringkat kumpulan pada 2015.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: Piala Dunia Wanita, FIFA, Sepanyol, England
#Piala Dunia Wanita FIFA #sepanyol #England #Juara