Bendera PKR berkibar di Perlawanan Piala Dunia 2018?

Syakirah Zulkifly
Jun 20, 2018 22:01 MYT
Bendera PKR dapat dilihat diikat di pagar keluli ketika perlawanan Senegal menentang Poland sedang berlangsung di stadium Spartak Moscow. - Foto Twitter/@HayQarl
KEJOHANAN bola sepak terunggul, Piala Dunia 2018, yang bermula sejak minggu lalu telah menyaksikan 17 perlawanan sudah berlangsung di Moscow, Rusia.
Bagaimanapun ia masih tidak dapat memadam semangat pilihan raya bagi rakyat Malaysia yang diadakan pada 9 Mei lalu, apabila bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) muncul di perlawanan bola sepak berprestij itu.
Sekeping foto diedarkan di media sosial menunjukkan jurulatih Senegal, Aliou Cisse sedang mendonggak ke arah langit, ketika pasukannya menentang Poland, dengan latar belakang bendera PKR dapat dilihat diikat di pagar keluli stadium Spartak Moscow, pada Selasa.
Sehubungan itu, penonton menyedarinya kerana kedudukan bendera tersebut bersebelahan dengan bendera Malaysia, perkara itu membuatkan ramai netizen terhibur dan mengongsi gambar tersebut di media sosial sehingga menjadi tular.

Siapa Rakyat Malaysia tu? Dapat duduk depan pulak pic.twitter.com/Qi5dwlqbV5

— Nik Nazmi (@niknazmi) June 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, foto berkenaan mendapat perhatian Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut memuat naik gambar tersebut di platform akaun Twitternya, dengan kapsyen: "Siapa rakyat Malaysia itu? Duduk di barisan hadapan pula."
Dalam perlawanan Kumpulan H, Senegal menjadi pasukan Afrika pertama mencatat kemenangan di Rusia 2018 selepas menewaskan Poland 2-1.
BACA: Senegal atasi Poland dengan gol kontroversi
#bola sepak #Malaysia #Moscow #Nik Nazmi Nik Ahmad #Parti Keadilan Rakyat #Piala Dunia #Rusia #World Cup 2018