KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan Bengkel Kajian Semula Prestasi Sukan Asia bersama pihak berkepentingan pada 8 Nov ini, sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi temasya sukan peringkat antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata bengkel itu bakal melibatkan pakar-pakar daripada Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU).
"Untuk Sukan SEA Kemboja juga, bengkel post-mortem yang sama telah diadakan untuk menambah baik program yang sedia ada," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu pencapaian atlet Malaysia dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini, serta perancangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk persediaan atlet dan pembangunan sukan bagi temasya peringkat antarabangsa akan datang.
Beliau berkata semua atlet negara telah mempamerkan prestasi luar biasa pada Sukan Asia Hangzhou 2022 dalam acara masing-masing dan kejayaan itu dicapai hasil persiapan yang diatur sebelum ini.
Pada temasya itu, katanya kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 288 atlet berjaya meraih enam pingat emas, lapan pingat perak dan 18 pingat gangsa.
"Menjadikan jumlah keseluruhan ialah 32 pingat dan telah mencapai sasaran yang diberikan oleh MSN dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM)," katanya.
Mengenai faktor kemenangan atlet di Hangzhou, beliau merumuskan ia antara lain kerana adanya beberapa pendedahan pertandingan serta latihan diperuntukkan oleh MSN melibatkan perbelanjaan sebanyak RM9.4 juta.
Ia meliputi 119 pendedahan pertandingan di luar negara dan 41 pendedahan latihan yang telah diberikan kepada atlet, katanya.
"Geran padanan sukan juga memainkan peranan apabila kita lihat khasnya untuk pertandingan karate, apabila mereka ada pertandingan seperti ini yang dianjurkan di Malaysia, telah membantu mereka memperbaiki prestasi mereka di Sukan Asia.
"Akhir sekali faktor kemenangan ini saya beri kepada atlet, kerana saya lihat atlet sendiri dengan kemampuan masing-masing... mereka jadi pemenang pingat kerana mereka menang dalam minda mereka dulu sebelum mereka masuk gelanggang," katanya dan menambah usaha sama persatuan-persatuan sukan juga menyumbang kepada kemenangan atlet pada temasya tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.
MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KBS lakukan reformasi pentadbiran sukan tahun hadapan, mahu libatkan bekas atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melakukan reformasi pentadbiran sukan melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) bermula tahun depan.