awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berakhirnya era seorang legenda - Chong Wei

Bernama
Bernama
20/02/2019
05:41 MYT
Berakhirnya era seorang legenda - Chong Wei
Chong Wei berkata negara akan kehilangan seorang bintang yang mempunyai pakej lengkap dalam sukan dan keperibadiannya yang profesional sentiasa disanjung tinggi. - Gambar fail
Pengumuman kesediaan ratu skuasy negara Datuk Nicol David bersara dalam arena sukan adalah berakhirnya satu era legenda bagi seorang atlet terkemuka dunia.
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyifatkan Nicol yang pernah bergelar pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun merupakan satu pencapaian luar biasa dan sukar dicapai oleh mana-mana atlet.
Chong Wei berkata Nicol merupakan 'superstar' yang dikenali di seluruh dunia dan atlet berusia 35 tahun itu adalah contoh terbaik, yang mana kejayaannya kerap menjuarai kejohanan dunia telah memberikan inspirasi kepada semua atlet di dalam dan luar negara.
"Kami satu 'batch'. Mengenali Nicol, beliau adalah seorang atlet yang mempunyai cita-cita tinggi dan tidak mudah berputus asa.
"Semua orang tahu pencapaian beliau sembilan tahun bergelar pemain nombor satu dunia adalah pencapaian luar biasa dan sukar dicapai oleh mana-mana atlet. Kita perlu hormati keputusannya. Mana-mana atlet sampai masanya dia akan bersara.
"Saya berharap beliau terus menabur bakti berkongsi pengalaman dengan membantu pemain-pemain muda negara. Sekiranya beliau mahu fokus kepada bidang perniagaan, saya ucapkan selamat maju jaya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Chong Wei berkata negara akan kehilangan seorang bintang yang mempunyai pakej lengkap dalam sukan dan keperibadiannya yang profesional sentiasa disanjung tinggi.
Setelah lebih dua dekad beraksi di gelanggang kaca, Nicol mengambil keputusan untuk bersara selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berakhir pada Jun ini dan beliau sudah lama memikirkan perkara itu.
Topic Berkaitan
#atlet
#badminton
#Lee Chong Wei
#Nicol David
#persatuan skuasy profesional
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan