KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) memilih jalan sukar dalam misi layak ke final Piala Malaysia 2021 selepas seri 1-1 ketika melayani kunjungan juara edisi 2019 Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung sengit, malam tadi.
Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah berjaya mendahului seawal permainan, namun gagal mempertahankan kedudukan tersebut sekali gus memberikan kelebihan jaringan di tempat lawan kepada JDT menjelang pertembungan kedua, Jumaat ini.
Keputusan seri itu juga menyaksikan ego TFC dan JDT dalam kempen Piala Malaysia gagal direntap apabila kedua-dua pasukan sehingga kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah.
Skuad bimbingan Ketua Jurulatih Mohd Nafuzi Zain yang masih segar dengan kejayaan di pentas suku akhir memulakan permainan dengan cemerlang apabila hanya memerlukan lapan minit untuk memecah kebuntuan menerusi tandukan Jordan Mintah yang tidak dikawal tiga pertahanan JDT dalam kotak penalti.
Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora bangkit memburu gol penyamaan menerusi penyerang Bergson da Silva, namun gerakan solo pemain import dari Brazil yang disudahkan dengan rembatan kaki kiri hanya sekadar menggegar tiang gol pada minit ke-11.
Bergson mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-41 tetapi rembatan lemahnya berjaya diselamatkan penjaga gol Mohd Suhaimi Husin sebelum Mintah mencemaskan kubu pertahanan JDT menerusi rembatan kaki kanan yang sedikit tersasar, dua minit berselang.
Jaringan penyamaan JDT akhirnya hadir di separuh masa kedua dengan Bergson yang menerima hantaran Arif Aiman Mohd Hanapi berjaya memperdaya dua pertahanan TFC sebelum melepaskan rembatan kencang kaki kanan untuk menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-50.
Kapten TFC Carlos Alberto De Murga terpaksa diusung keluar pada aksi tersebut susulan pelanggaran 'keras' bersama Bergson ketika dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya pasukan pada minit ke-77, beliau kemudian digantikan dengan Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri.
Mora membawa masuk empat pemain iaitu Safiq Rahim, Muhammad Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Muhammad Syafiq Ahmad dalam usaha memburu gol kemenangan, namun kehadiran mereka gagal memberikan impak sehingga wisel permainan ditiupkan.
Sementara itu, keputusan sama dicatat Kuala Lumpur (KL) City FC dan Melaka United FC pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang berlangsung tanpa penonton susulan insiden penyokong 'The City Boys' menceroboh masuk ke padang pada aksi suku akhir kedua, Jumaat lepas.
KL City FC kendalian Ketua Jurulatih Bojan Hodak terlebih dahulu menembusi gawang pasukan pelawat menerusi sepakan percuma Adriano Narcizo pada minit kelapan, namun tandukan pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-26 memberi kelegaan kepada pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan.
Aksi seimbang pada separuh masa pertama terus dipamerkan kedua-dua pasukan pada 45 minit kedua permainan dengan kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sekali gus menyaksikan pasukan yang akan ke final akan ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua di Melaka, Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021

Bergson (kanan) dikawal Jordan Mintah pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi. --fotoBERNAMA

Malaysia di landasan baik untuk mencapai pembangunan lestari - Maimunah
Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.

AWANI Ringkas: Hukuman lebih berat untuk pelumba haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polisi untuk rakyat harus digubal bersama rakyat - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Kata Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, masyarakat harus dilibat samakan dalam setiap proses penggubalan dan pelaksanaan polisi supaya ia benar-benar memenuhi keperluan untuk menambah baik kehidupan mereka.

Adakah Malaysia di landasan betul menuju kelestarian? Ini jawapan Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menegaskan bahawa segala yang diperlukan untuk maju sudah ada, tinggal lagi kita perlu mula bertindak secara bersepadu dan selaras.

Kelestarian bukan diukur pada GDP semata-mata - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menekankan bahawa perlunya kepimpinan yang berani untuk membawa Malaysia melonjak dari kerangka minda dan kerja yang lama untuk menuju kelestarian.

Gajah berkeliaran sekitar Kluang sudah dihalau
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang
Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

MOSTI lancar Pelan Haja Tuju Teknologi Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan lima Pelan Hala Tuju Teknologi negara bagi memperhebatkan usaha Malaysia menjadi pembangun teknologi, sekali gus mengurangkan kebe

Masalah kecederaan belenggu pasukan TFC berdepan JDT
Ketua Jurulatih Nafuzi Zain mengakui bahawa beberapa tonggak utamanya terpaksa direhatkan akibat masalah kesihatan dan kecederaan.

Piala FA: JDT mara ke final, berpesta gol belasah Penang FC 6-1
JDT mengesahkan tempat ke final Piala FA selepas berpesta gol membenam Penang FC 6-1, pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim.

Bidoglio peroleh kemenangan pertama bersama JDT
Kemenangan yang diperoleh di laman sendiri menyaksikan skuad Harimau Selatan kini memperoleh 35 mata.

Hector Bidoglio ketua jurulatih JDT baharu
Bekas pemain Venezuela, Hector Bidoglio dilantik sebagai ketua jurulatih baharu berkuat kuasa serta merta.

JDT tetap garang tanpa Mora, NS rampas kedudukan ketiga
Biarpun beraksi tanpa ketua jurulatih, motivasi pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap berada pada tahap tertinggi selepas menewaskan Sarawak United FC 4-0 pada aksi Liga Super.

Mora sah tinggalkan JDT
Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora sah meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.

Piala FA: JDT, Penang, Selangor, Terengganu layak ke separuh akhir
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi suku akhir di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Sabah FC mohon maaf kepada peminat JDT
Susulan tingkah laku buruk peminat bola sepak yang membaling botol air ke arah padang serta kawasan teknikal di tepi padang.

Liga Super: Magis saat akhir, Forestieri bantu JDT atasi Sabah FC 2-1
Penyerang sensasi dari Argentina Fernando Forestieri sekali lagi membantu juara bertahan JDT meraih kejayaan ke atas Sabah FC 2-1.

Kekal fokus, disiplin permainan ketika lawan JDT - Kim Swee
Pemain Sabah FC tidak seharusnya terlalu memikirkan soal menang atau kalah dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Jumaat ini.