awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri kami peluang sertai lebih banyak kejohanan antarabangsa - Atlet olahraga

Bernama
Bernama
17/07/2023
22:15 MYT
Beri kami peluang sertai lebih banyak kejohanan antarabangsa - Atlet olahraga
Justeru, jaguh lempar cakera negara Irfan Shamsuddin memuji keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menghantar seramai 28 atlet ke Kejohanan Olahraga Asia 2023 di sini, iaitu kontinjen terbesar sejak 2017. - Gambar fail/Sinar Harian
BANGKOK: Atlet negara harus diberi peluang untuk menyertai lebih banyak kejohanan dan pertandingan antarabangsa agar menerima pendedahan terbaik dan sekali gus dapat meningkatkan tahap prestasi mereka.
Justeru, jaguh lempar cakera negara Irfan Shamsuddin memuji keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menghantar seramai 28 atlet ke Kejohanan Olahraga Asia 2023 di sini, iaitu kontinjen terbesar sejak 2017.
"Kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa yang lebih kompetitif merupakan satu pendedahan yang baik kepada barisan atlet negara.
"Dengan ini, atlet negara akan mengetahui tahap masing-masing dan berlatih bersungguh-sungguh agar dapat berdaya saing dan meraih keputusan yang cemerlang," katanya kepada wartawan di sini.
Pemenang gangsa kejohanan itu yang melabuhkan tirai di Stadium Nasional Suphachalasai semalam berkata para atlet olahraga negara turut mengharapkan lebih banyak peluang menyertai kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan mengekalkan momentum mereka.
"Saya pernah berada dalam situasi mereka. Saya tahu betapa sukarnya untuk atlet bertanding di perlawanan antarabangsa," katanya.
Sementara itu, pemegang rekod kebangsaan lontar peluru wanita, Nani Sahirah Maryata yang membuat penampilan sulung di kejohanan itu berkata bersaing dengan atlet di peringkat Asia menyuntik semangat juang dalam dirinya untuk melakukan lontaran yang lebih baik.
"Tidak dapat dinafikan mereka hebat sehingga ada yang membuat lontaran sehingga 18 meter. Ini tidak mematahkan semangat saya sebaliknya ia telah mendorong saya untuk mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet olahraga
#kejohanan antarabangsa
#Irfan Shamsuddin
#kontinjen malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan