MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta agar perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang menemukan wakil Malaysia, KL City dan wakil Oman, Al Seeb, dilewatkan sedikit bagi memberi ruang penyokong untuk solat Maghrib.
Idris dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, permintaan itu telah dimaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu.
“Pada masa sama, saya juga meminta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk menyediakan ruangan solat bagi kemudahan para penonton dan mungkin boleh memberi pendedahan praktikal mudah untuk mengambil wuduk yang menyenangkan penonton untuk solat.
“Saya juga telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk membawa kemudahan surau bergerak mereka,” jelasnya.
Idris menambah, menjadi harapannya agar semua penonton Muslim boleh menunaikan solat dengan tenang.
“Saya doakan juga kemenangan KL City dengan penuh bergaya. Dah solat, mesti jeritan Goool bakal bergema di pihak KL City dengan lebih semangat hendaknya,” ujar beliau.
Perlawanan Akhir Piala AFC 2022 antara KL City (Malaysia) dan Al Sheeb (Oman) akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 22 Oktober ini. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 21 2022
![Beri laluan solat Maghrib sebelum aksi final Piala AFC 2022 - Idris Beri laluan solat Maghrib sebelum aksi final Piala AFC 2022 - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655795641_IdrisAhmad.jpg)
Idris dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, permintaan itu telah dimaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu. - Fail/BERNAMA
27 influencer promosi judi dalam talian ditahan polis
Sebanyak 27 influencer atau pempengaruh pelbagai kaum ditahan polis kerana dipepercayai mempromosikan judi dalam talian di media sosial mereka.
Penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati
Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin.
Perlu seimbangkan keperluan ekonomi dan rakyat - Pakar
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berkata, kesedaran tentang apa yang berlaku dalam negara amat penting kerana ia membolehkan individu menyesuaikan diri serta memahami langkah-langkah yang diambil kerajaan.
Lima termasuk kanak-kanak ditahan promosi persundalan
Polis menahan lima individu termasuk dua pelakin video seks yang mempromosikan aktiviti persundalan di platform telegram dengan bayaran antara RM450 dan RM550 bagi setiap kandungan, pada 6 Jun lalu.
'Ada kata pelarasan gaji 13 peratus, itu tak betul' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan skim gaji penjawat awam naik melebihi 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.
!['Macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini?' - Isteri Allahyarham Pyanhabib 'Macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini?' - Isteri Allahyarham Pyanhabib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718341308_TBPyanhabib.jpg)
'Macam mana saya boleh hadapi hari depan tanpa sosok ini?' - Isteri Allahyarham Pyanhabib
Zurina meluahkan isi hati bagaimana untuk dia menempuhi hari-hari mendatang tanpa Allahyarham di sisinya.
![SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718349610_FahmiFadzil.jpg)
SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram
SKMM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan kes kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin di aplikasi Telegram.
![Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 32.5 peratus - DOSM Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 32.5 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701163613_DatukSeriMohdUzir.jpg)
Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 32.5 peratus - DOSM
Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian merekodkan peningkatan 32.5 peratus dengan 448,181 kekosongan pada suku keempat 2023.
![PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718348773_faisalhalimzaynra.jpg)
PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan
PDRM diarah untuk melakukan siasatan rapi ke atas kes simbah asid pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718348542_TBMahkamahMajistret.jpg)
Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
![Piala AFC: Kesilapan gol pertama bawa padah - Hodak Piala AFC: Kesilapan gol pertama bawa padah - Hodak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666476966_BojanHodak.jpg)
Piala AFC: Kesilapan gol pertama bawa padah - Hodak
Hodak berkata membolos gol pembukaan akibat kesilapan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza, adalah sesuatu yang jarang berlaku.
![Beri laluan solat Maghrib sebelum aksi final Piala AFC 2022 - Idris Beri laluan solat Maghrib sebelum aksi final Piala AFC 2022 - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655795641_IdrisAhmad.jpg)
Beri laluan solat Maghrib sebelum aksi final Piala AFC 2022 - Idris
Idris meminta agar perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang menemukan wakil Malaysia, KL City dan wakil Oman, Al Seeb, dilewatkan sedikit bagi memberi ruang penyokong untuk solat Maghrib.
![Mendoza wira KL City, cipta sejarah layak ke final Piala AFC Mendoza wira KL City, cipta sejarah layak ke final Piala AFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664988028_TBklcity.jpg)
Mendoza wira KL City, cipta sejarah layak ke final Piala AFC
Aksi itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan itu sebelum juara ditentukan menerusi sepakan penalti.