awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Beri saya enam bulan tambah baik prestasi pemain' - James Chua

Bernama
Bernama
19/07/2022
22:00 MYT
'Beri saya enam bulan tambah baik prestasi pemain' - James Chua
James percaya pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mampu diangkat menjadi idola bagi pemain muda di Malaysia. - Foto Facebook/James Chua
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan diperlukan jurulatih baharu perseorangan wanita negara James Chua untuk menambah baik prestasi lapan pemain kebangsaan di bawah jagaannya.
Jurulatih berusia 43 tahun itu yang mula bertugas pada Isnin, berkata beliau akan menumpukan kepada pengukuhan aspek taktikal terlebih dahulu sebelum aspek fizikal, kerana percaya para pemainnya yang pernah dilatih Pengarah Pembangunan Remaja Datuk Misbun Sidek sudah mempunyai kekuatan fizikal tersendiri.
"Saya sudah berbincang dengan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann dan dia setuju dengan program yang saya mahu lakukan terarah lebih kepada taktikal.
"Namun, tidak boleh paksa kerana segelintir mereka mengalami kecederaan dan memerlukan masa untuk baik," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini, pada Selasa.
Beliau bagaimanapun berkata agak sukar untuk menetapkan sebarang sasaran setakat ini, namun optimis mampu menentukan pemain yang akan diberikan perhatian penuh dalam usaha melonjakkan ranking pemain perseorangan wanita negara.
Dalam pada itu, James percaya pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mampu diangkat menjadi idola bagi pemain muda di Malaysia.
"Saya berpendapat Kisona agak bagus tetapi beliau mengalami kecederaan sebelum ini dan baru sahaja pulih, jadi sekarang beliau di Taiwan untuk kejohanan pertamanya selepas kecederaan... Saya percaya pemain muda boleh cuba mengejar standardnya dan perseorangan wanita juga akan meningkatkan prestasi mereka," katanya.
Menurutnya, Kisona mempunyai kekuatan tangan yang baik namun masih perlu memperbaiki kekuatan bahagian bawah badan dan sekiranya beliau boleh mengatasi masalah berkenaan, pemain ranking ke-54 dunia itu tiada masalah dalam memberi saingan sengit kepada pencabar dari negara lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#James Chua
#badminton Malaysia
#pemain wanita negara
#jurulatih baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan