Bernhardt akur anak buah gagal pamer aksi baik

Astro Arena
September 3, 2016 01:40 MYT
Penjaga gol pasukan Bahrain, Yaqoobb Saleh cuba menangkap bola dari tandukan pemain negara pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara B22 Malaysia bertemu B22 Bahrain di Stadium UiTM Shah Alam. - Foto Bernama
Kuasai permainan tetapi tewas... Itulah kepahitan yang terpaksa ditelan skuad B-22 negara yang tewas 2-1 di tangan Bahrain pada aksi persahabatan kedua di Stadium UiTM, Shah Alam semalam.
"(Kekasaran) itu tak sepatutnya berlaku dalam perlawanan ini, namun kami juga mempunyai peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol.
"Rumusannya, bagaimana kami cuba untuk mendapatkan gol dan kesilapan individu.
"Permainan pada hari ini tidaklah sebaik perlawanan yang lepas," terang pengendali dari Jerman itu.
Tiga bulan selepas dilantik selaku pengendali skuad B-22 negara, Frank Bernhardt berjaya membawa kemenangan dalam aksi menentang Filipina, selain mengikat skuad senior Nepal di Melaka.
Enam perlawanan selepas itu, Malaysia tewas tiga kali termasuk dua aksi di Jelajah Jepun pada Jun.
"Perlawanan pertama (Selasa lalu) memberi faedah kepada fizikal pemain saya.
"Perlawanan kedua pula memberi faedah kepada kami secara fizikal, mental dan begitu juga dengan keputusan.
"Saya gembira dengan persembahan anak buah saya dalam dua perlawanan ini.
"Saya harap pasukan Malaysia akan meningkat untuk perlawanan seterusnya.
"Semoga berjaya," kata ketua jurulatih B-22 Bahrain, Marjan Eid.
#B-22 #bola sepak kebangsaan #Frank Bernhardt #lawan Bahrain