awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beroperasi bawah lesen hiburan sukarkan pembangunan bakat snuker

Bernama
Bernama
16/02/2023
01:15 MYT
Beroperasi bawah lesen hiburan sukarkan pembangunan bakat snuker
MSBF akan membuat permohonan supaya beberapa pusat snuker, diklasifikasikan sebagai pusat pembangunan bakat sukan itu untuk mewakili negara di temasya antarabangsa. -Gambar fail/Pexels
KUALA LUMPUR: Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) akan membuat permohonan supaya beberapa pusat snuker, diklasifikasikan sebagai pusat pembangunan bakat sukan itu untuk mewakili negara di temasya antarabangsa.
Presidennya Melvin Chia berkata pihaknya mengalami kekangan dalam mencungkil bakat muda, berikutan remaja di bawah 18 tahun, tidak dibenarkan memasuki pusat snuker kerana pusat seperti beroperasi atas lesen hiburan.
"Ikut syarat PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), pusat snuker (beroperasi) di atas lesen hiburan, yang tidak membenarkan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.
"Apabila kita buat latihan di kelab, agak susah kerana dapat komen daripada ibu bapa.
"Program pembangunan sepatutnya, perlu libatkan remaja berumur 12-16 tahun, tetapi kita bermula selepas 18 tahun.
"Berbanding negara England dan China, pembangunan mereka mula seawal sembilan tahun, jadi jurangnya sangat tinggi," katanya ketika kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa kerja di Majlis Sukan Negara (MSN), pada Rabu.
Beliau berkata, mengikut pengalamannya, tempoh tiga hingga lima tahun diperlukan untuk membangunkan bakat pemain remaja ke tahap meraih pingat di peringkat Asia.
Melvin berkata pihaknya juga, sedang mencari penaja untuk program pembangunan bakat dalam sukan berkenaan, selepas lebih 20 tahun tiada program pembangunan yang lengkap.
"Pada masa ini kita mempunyai peluang untuk malatih empat pelajar berusia 12 tahun. Prestasi mereka amat baik, jadi kita tidak mahu kehilangan bakar ini, jadi amat berharap Majlis Sukan Negara dapat memberikan sokongan terhadap program itu," katanya.
Sementara itu, beliau berkata jawatankuasa pemilihan Sukan SEA semalam, telah memberikan lampu hijau untuk menghantar tujuh atlet snuker, masing-masing tiga dalam Kategori A (semua kos ditanggung) dan empat dalam Kategori B (kos ditanggung sendiri, dipulang jika menang pingat) untuk temasya Kemboja bermula 5-17 Mei ini.
Tiga atlet senior lelaki yang pernah meraih emas Sukan SEA, iaitu juara dunia Lim Kok Leong, Moh Keen Hoo dan Thor Chuang Leong, diletakkan sebagai sandaran emas dalam acara snooker 'singles' dan 'doubles', serta '6 red snooker singles' dan 'doubles'.
Bagi Kategori B, atlet muda Darryl Chia Soo Yew dan Muhammad Almie Muhammad Yakup akan menyertai acara '9-ball pool singles' dan 'doubles' serta '3 cushion carom', manakala Suhana Dewi Sabtu dan Klaudia Djajalie akan beraksi dalam acara '1 cushion carom' dan '3 cushion carom' wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MSBF
#Melvin Chia
#Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia
#lesen hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan