Bintang gusti terkenal Jay Briscoe maut dalam kemalangan

Faida Rahim
Januari 19, 2023 04:03 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif All Elite Wrestling, Tony Khan turut mengumumkan kematian Briscoe di Twitter.- Facebook/Jay Briscoe
NEW YORK: Bintang gusti profesional, Jay Briscoe dilaporkan meninggal dunia pada usia 38 tahun.
Memetik BBC, beberapa saluran berita termasuk Sports Illustrated melaporkan Briscoe atau nama sebenarnya Jamin Pugh maut dalam kemalangan kereta di Laurel, Delaware, Amerika Syarikat namun berita ini belum dapat disahkan.
Dalam pada itu, jurucakap pihak polis berkata pihaknya akan tampil dengan lebih banyak maklumat tentang nahas yang berlaku pada Selasa malam lalu.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif All Elite Wrestling, Tony Khan turut mengumumkan kematian Briscoe di Twitter.
"Sedih memberitahu bahawa Jamin Pugh telah meninggal dunia. Dikenali oleh peminat sebagai Jay
Briscoe, beliau adalah bintang dalam ROH (Ring of Honor) selama lebih 20 tahun.
“Dari persembahan pertama sehingga hari ini, Jay dan abangnya Mark mendominasi ROH, kekal sebagai juara sehingga hari ini,” tulisnya di Twitter.
.

Sadly, Jamin Pugh has passed away. Known to fans as Jay Briscoe, he was a star in ROH for over 20 years, from the first show until today. Jay and his brother Mark dominated ROH, reigning as champions to this day. We'll do whatever we can to support his family. Rest In Peace Jamin

— Tony Khan (@TonyKhan) January 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Briscoe menyertai ROH pada tahun 2002 dan dikenali sebagai salah seorang bintang gusti pasukan tag (gandingan) terbaik di dunia. Jay bersaing dengan abangnya, Mark dan pasangan ini dikenali sebagai The Briscoe Brothers.
Mereka adalah Juara Pasukan Tag Dunia ROH sebanyak 13 kali dan telah dilantik ke dalam kelas sulung Dewan Kemasyhuran ROH tahun lepas.
Ketua pegawai kandungan World Wrestling Entertainment Paul Levesque lebih dikenali dengan nama Triple H menyifatkan Briscoe sebagai "bintang luar biasa yang mencipta hubungan mendalam dengan peminat gusti di seluruh dunia".
"Takziah kepada keluarga dan rakan Jay Briscoe," katanya.

Traffic Alert, Laurel Laurel Road at Little Hill Road will be closed for an extended period due to a fatal accident. DSP on-scene.

— Delaware State Police (@DEStatePolice) January 17, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selasa lalu, pihak berkuasa Delaware menciap di Twitter mengenai kemalangan maut yang berlaku di bandar Laurel tetapi tidak mengenal pasti mangsa.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa memberitahu kemalangan itu digambarkan sebagai "tragedi yang tidak dapat dibayangkan" dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarga Pugh.
#Jay Briscoe #maut kemalangan #Tony Khan #bintang gusti