SUKAN
Bintang Liverpool, Diogo Jota sempat tinggal pesanan sebelum meninggal dunia
Jota meninggal dunia bersama adiknya, Andre Silva, selepas kereta dinaiki mereka terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari Sepanyol.
'SUKAR untuk digambarkan. Saya bangga dengan diri saya kerana masih mampu melakukannya'
Sebuah dokumentari dimuat naik mengisahkan tentang bintang Liverpool, Diogo Jota yang dirakam menyentuh hari peminat sebelum pemergiannya dalam kemalangan tragis di jalan raya bulan lalu.
Terdahulu, penyerang kebangsaan Portugal itu meninggal dunia bersama adiknya, Andre Silva, selepas kereta dinaiki mereka terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari Sepanyol.
Dalam satu temu bual itu, Jota menceritakan berkenaan detik jaringan terakhirnya untuk The Reds yang hadir bertemu Everton menjadi gol kemenangan pada musim lalu.
Katanya, dia sangat berbangga kerana dapat membantu juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam perlawanan sepenting itu.
"Ia musim yang amat sukar untuk saya tetapi saya sentiasa berjuang dan saya dapat membantu pasukan pada hari itu. Saya bangga dengan apa yang masih mampu saya lakukan.
"Sukar untuk digambarkan. Itulah perasaan yang saya cari apabila bermain bola sepak, itulah sebabnya anda mencurahkan seluruh hidup dan usaha untuk detik seperti itu, detik yang mana anda boleh menentukan kemenangan dalam perlawanan penting," katanya.
Ketika ditanya lagi, Jota sempat mengenang pencapaiannya bersama skuad kendalian Arne Slot itu yang tidak pernah diimpikannya sejak kecil.
"Ia sesuatu yang saya tidak pernah impikan sewaktu kecil. Saya mahu bermain di Liga Perdana tetapi tidak pernah terbayang untuk memenanginya," katanya mengenai kejayaan bersama Liverpool.
"Gambar-gambar itu akan terus dikenang selama-lamanya. Ia satu pencapaian luar biasa bagi seorang lelaki kecil dari Gondomar, yang mana saya mula memupuk impian ini." - Stadium Astro