Bintang Manchester City, Sergio Aguero terbabit kemalangan

Madiha Abdullah
September 29, 2017 04:34 MYT
Kereta yang dipandu Aguero dilaporkan terbabas dan merempuh sebatang tiang di tepi jalan. - Gambar fail
BINTANG Manchester City, Sergio Aguero, dilaporkan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan awal pagi tadi.
Beberapa portal antarabangsa melaporkan, Aguero terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri sebuah konsert di Amsterdam.
Kereta yang dipandunya dilaporkan terbabas dan merempuh sebatang tiang di tepi jalan.

Sergio Aguero attended Maluma's concert in Holland and was involved in car accident after concert. Early reports state 2 months out. #MCFC

— Roy Nemer (@RoyNemer) September 29, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan media antarabangsa, Aguero bernasib baik kerana memakai tali pinggang keledar ketika kejadian.
Belum ada sebarang pengesahan daripada pihak pengurusan kelab, namun Aguero dikatakan mengalami kecederaan di bahagian rusuk dan berkemungkinan perlu berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya dua bulan.
#Amsterdam #cedera #kemalangan #kereta #konsert #Manchester City