Bintang muda Jamaica lebur rekod 22 tahun milik Usain Bolt

Astro Arena
April 6, 2024 08:45 MYT
Nickecoy Bramwell (kiri) memperbaiki 0.07 saat berbanding catatan masa pemenang pingat emas Olimpik lapan kali itu. - Foto Stadium Astro
BINTANG muda Jamaica mencipta sejarah dengan memecahkan rekod dunia Usain Bolt dalam acara 400 meter bagi kategori B17.
Nickecoy Bramwell 0.07 saat lebih pantas berbanding catatan masa pemenang pingat emas Olimpik lapan kali itu.
Bolt mencatat masa 47.33 saat dan ia telah bertahan selama 22 tahun.
Pada usia hanya 16 tahun, Bramwell adalah pemegang rekod U17 dengan catatan masa 47.26 saat.
Catatan direkodkan dalam saingan Sukan Carifta ke-51 di Stadium Kirani James Athletic di Grenada.
Bramwell sebelum itu menyertai perlumbaan dengan beberapa kebimbangan mengenai kecergasannya.
Namun dia menepis masalah tersebut apabila merekodkan catatan baru dalam acara 400m.
Menggambarkan pencapaian cemerlangnya, Bramwell berkata, "Ia adalah perasaan yang indah untuk memecahkan rekod.
“Sejak musim panas lalu, saya telah mengintai rekod itu.
"Jadi ia adalah perasaan yang hebat saya berjaya melakukannya."
Bramwell, yang masih pelajar di Calabar High di Kingston, nampaknya akan mengikuti kehebatan Bolt selepas memecah salah satu rekod pelari lagenda itu.
Selain pingat Olimpik, Bolt memegang 11 gelaran Kejohanan Dunia dan juga pemegang rekod dunia dalam acara 100m, 200m dan 4x100m berganti-ganti.
Jika kerjaya Bramwell ternyata sama seperti Bolt, maka dunia olahraga bakal menantikan bintang baru yang bakal menggegar dunia. - Sumber: TalkSPORT
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#pecah rekod dunia #Usain Bolt #bintang muda Jamaica #Nickecoy Bramwell #400 meter