Bola sepak KL2017: Thailand menanti di final

Astro Arena
Ogos 26, 2017 13:15 MYT
Pemain Thailand meraikan gol jaringan ketua pasukan Chenrop Samphaodi (dua, kanan) ketika menentang Myanmar pada aksi separuh akhir Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Selayang hari ini. - Foto Bernama
Jaringan Chenrop Samhaodi beberapa saat sebelum pengadil meniupkan wisel penamat membawa Thailand ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA Ke-29 di Stadium Selayang, sebentar tadi.
Pertemuan separuh akhir di antara skuad Gajah Perang dan Myanmar itu menyaksikan tiada sebarang gol dapat dihasilkan sepanjang 90 minit.
Pegawai perlawanan memberikan enam minit masa tambahan dan selepas memasuki minit kelima, kapten Thailand itu tidak mensia-siakan peluang setelah menerima hantaran lintang daripada rakan di sebelah kanan.
Chenrop, yang tidak dikawal baik oleh pertahanan Vietnam, sedaya-upaya melompat untuk melakukan tandukan ke arah kiri gawang bagi menghadiahkan kemenangan buat pasukannya.
Keputusan perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam malam ini akan menentukan lawan Thailand dalam final.
Thailand adalah juara bertahan acara bola sepak lelaki selepas memenanginya di Singapura dua tahun lalu, sementara Myanmar naib juara.
#bola sepak #final #Malaysia #Myanmar #perlawanan akhir #SEA Games #Selayang #Sukan SEA #Thailand