"Pada masa ini, saya berpendapat bola sepak Malaysia berada di landasan yang betul dan sangat 'bersih'," menurut bookie warga Singapura yang kini dalam tahanan rumah, Wilson Raj Perumal.
Memetik Channel NewsAsia, Perumal menafikan dakwaan Malaysia telah mengambil alih kedudukan Singapura sebagai hab mengatur perlawanan di rantau Asia Tenggara seperti yang didakwa bekas ketua keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Chris Eaton, bulan lepas.
"Kegiatan mengatur perlawanan bukan sahaja berlaku di Asia Tenggara. Ia juga menular di Rusia, Latvia, Lithuania dan Estonia. Persatuan bola sepak negara-negara terbabit sibuk menangani masalah itu.
"Eaton perlu membuktikan dakwaannya terhadap negara-negara berkenaan dan bukan membuat tuduhan tidak berasas," kata Perumal yang mempunyai buku autobiografi berjudul "Kelong Kings: Confessions of the world's most prolific match-fixer".
Pada 8 Nov lepas, Eaton dilaporkan berkata Malaysia kini mengambil alih tempat Singapura sebagai hab mengatur perlawanan di Asia Tenggara selepas pihak berkuasa republik itu serius membendung gejala itu.
Menurut Channel NewsAsia, Perumal akan dibebaskan daripada tahanan rumah di Hungary dan dihantar pulang ke Singapura tahun depan.
Lelaki berusia 51 tahun itu yang dipercayai terbabit mengatur lebih 100 perlawanan di seluruh dunia, kini berpangkalan di Budapest sejak 2012 di bawah program perlindungan saksi, kerana membantu siasatan terhadap penularan rasuah bola sepak di seluruh dunia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebelum ini dilaporkan, menafikan Malaysia menjadi pusat mengatur perlawanan di Asia Tenggara, sambil menegaskan tiada bukti kukuh yang diterima berhubung dakwaan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
BOOKIE: Bola sepak Malaysia berada di landasan yang betul dan sangat 'bersih'," - Gambar hiasan
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.