awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bola sepak pantai: Malaysia mula langkah kiri

Astro Arena
Astro Arena
04/03/2017
14:40 MYT
Bola sepak pantai: Malaysia mula langkah kiri
Hasrat Malaysia untuk memulakan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC dengan kemenangan tidak kesampaian selepas tewas 3-5 kepada Afghanistan. - fotoBERNAMA
Hasrat Malaysia untuk memulakan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC dengan nota kemenangan tidak kesampaian selepas tewas 3-5 kepada Afghanistan di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, petang ini.
Asakan bertali arus skuad negara pada awal permainan nyata tidak membuahkan hasil sebaliknya Afghanistan membuka tirai jaringan minit ke-4 menerusi Hazrat Gul Baran.
Skuad negara bangkit menyamakan kedudukan kurang seminit kemudian melalui Muhammad Qushairie Asaari.
Suku pertama berakhir dengan Afghanistan menambah gol kedua selepas ketua pasukannya, Zainuddin Sharifi bijak menanduk masuk hantaran jauh penjaga golnya, Baktash Akbari, minit ke-11.
Tiada gol disaksikan pada suku kedua dan empat minit bersambung suku ketiga, Afghanistan menjarakkan kedudukan kepada 4-1 hasil dua jarigan pantas Raof Qaderi.
Muhammad Qushairie menjadikan kedudukan 2-4 untuk Malaysia namun Qaderi mencipta hatrik dan jaringan kelima Afghanistan tidak lama selepas itu.
Dua minit sebelum tamat perlawanan, Malaysia memperoleh jaringan ketiga menerusi Mohd Khairul Nizam dan kedudukan 5-3 berpihak kepada Afghanistan kekal sehingga wisel penamat.
Meskipun tewas, ketua jurulatih negara, Ismail Zakaria, tetap berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang disifatkannya tidak mudah menyerah kalah.
“Pengalaman membezakan kami dan pasukan lawan menggunakan sepenuhnya kelebihan fizikal mereka.
“Saya berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan malah kami menguasai permainan namun dinafikan palang gol dan penjaga gol Afghanistan.
“Aksi sulung ini diharapkan menyuntik semangat para pemain untuk bangkit dan mencatat kemenangan bertemu Iran, esok,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Hazrat Gul Baran
#Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC
#Raof Qaderi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan