awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia 2014 di Port Dickson

Bernama
Bernama
16/12/2014
14:08 MYT
Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia 2014 di Port Dickson
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM4,500, piala pusingan, piala iringan dan hadiah kepada juara.
Persatuan Bolasepak Daerah Port Dickson dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Shell Refining Company (FOM) Bhd Port Dickson akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia 2014 di Pantai Saujana, di sini pada 31 Dis ini.
Yang DiPertua MPPD Datuk Ab Khalid Mat berkata kejohanan itu akan bermula dari 8 malam (31 Dis) dan berakhir pada 10 pagi keesokannya (1 Jan).
"Ini merupakan penganjuran kali kelima yang antara lain bertujuan memupuk minat dalam kalangan belia terhadap aktiviti sukan bagi menghindari mereka daripada aktiviti tidak bermoral.
"Selain itu, kejohanan ini turut membentuk masyarakat sihat dan cergas melalui aktiviti sukan.
"Kita juga mahu mempelopori daerah Port Dickson sebagai sebuah destinasi pelancongan sukan dan mempamerkan kerjasama kerajaan dan swasta dalam meningkatkan aktiviti pelancongan sukan bagi menambahkan kemeriahan sempena sambutan tahun baru 2015," katanya di sini, Selasa.
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM4,500, piala pusingan, piala iringan dan hadiah kepada juara.
Naib johan akan menerima hadiah wang tunai RM2,500, tempat ketiga RM1,500 dan tempat keempat RM1,000 manakala wang tunai RM500 diberikan kepada pasukan layak ke pusingan suku akhir.
Ab Khalid berkata penyertaan dibuka kepada pasukan tempatan dengan pemain berusia 17 tahun dan ke atas.
Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Daerah Port Dickson, MPPD dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson selain dimuat turun di laman web MPPD (www.mppd.gov.my).
Keterangan lanjut boleh diperoleh daripada Ahmad Zabrin Zainal di talian 017-3009843 dan Hamdan Ab Aziz di talian 016-6509949.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Kejohanan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia 2014
#MPPD
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan