SUKAN
Bola sepak wanita perlu sokongan komersial
Pengarah Program KL Women's Super League, Khushairi Aizad dan bekas pemain kebangsaan, Nur Izwani Azman berkongsi pandangan tentang masa depan bola sepak wanita dalam AWANI Pagi.
KUALA LUMPUR: Kekurangan publisiti dan kesedaran awam menjadi antara cabaran utama dalam pembangunan bola sepak wanita di Malaysia.
Menurut Pengarah Program Kuala Lumpur Women’s Super League, Khushairi Aizad, sukan bola sepak wanita perlu dikomersialkan dengan lebih agresif, termasuk melalui sokongan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada syarikat yang mahu memartabatkan sukan wanita.
“Saya nak bantu naikkan pasukan mereka. Bila mereka menjuarai sesuatu pertandingan, akan ada penjenamaan kelab mereka. Dan mereka boleh usulkan kepada syarikat-syarikat yang berminat nak naikkan ‘women empowerment’ untuk bantu komersialkan sukan ini,” katanya dalam program AWANI Pagi.
Liga Sepanjang Tahun Buka Laluan Kerjaya Profesional
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Nur Izwani Azman, menekankan kepentingan mewujudkan liga profesional sepanjang tahun sebagai langkah utama untuk menjadikan bola sepak wanita sebagai satu kerjaya yang mampan.
“Kita ada liga, sepanjang tahun. Kita ada beberapa liga. Bila dah ada liga-liga ini, maka boleh adanya gaji, dan boleh jadikannya profesional,” jelas Izwani.
Beliau turut menambah bahawa dengan sokongan jurulatih, program liga tempatan dan semangat pemain sendiri, bola sepak wanita Malaysia mempunyai masa depan yang cerah.
Kedua-dua mereka berkongsi pandangan ini dalam program AWANI Pagi pada hari Rabu, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap pembangunan bola sepak wanita di negara ini.