PETALING JAYA: Kelab bola sepak Petaling Jaya (PJ) City FC mengajak pasukan Liga Malaysia (Liga-M) untuk mengikut formula mereka bagi mengelak berdepan isu kewangan serius.
Presiden PJ City Datuk Seri Subahan Kamal berkata, formula digunakan kelab itu adalah berbelanja secara berhemat mengikut konsep ukur baju di badan sendiri yang menyaksikan mereka menggunakan khidmat pemain tempatan sepenuhnya, berbanding mendapatkan pemain import.
Beliau berkata, dari sudut pembayaran gaji pemain dan pegawai pula, PJ City FC tidak sewenang-wenangnya akur kepada 'tanda harga' yang tinggi, sebaliknya hanya akan membayar mengikut standard serta pencapaian terkini seseorang.
Justeru, beliau merasakan formula digunakan PJ City wajar diikuti mana-mana pasukan kerana ia dilihat dapat memberi kestabilan kepada sistem kewangan kelab.
"Pada pandangan saya secara peribadi, itu memang satu formula terbaik tetapi setiap pasukan dan pengurusan ada cita rasa tersendiri, ada visi sendiri. Cuma bagi saya itu cara terbaik kalau kita nak kurangkan perbelanjaan pasukan," katanya ketika ditanya pemberita bagaimanakah cara terbaik supaya pasukan tidak terpalit dengan isu kewangan.
Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran jersi terbaru PJ City FC bagi musim 2022 yang turut dihadiri Pengerusi QNet Malaysia Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Pengarah Urusan Kumpulan QI Kuna Senathirajah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai penggunaan pemain tempatan sepenuhnya dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M), Subahan berkata langkah itu tidak memberi sebarang masalah kepada pasukannya, sebaliknya mereka berjaya untuk kekal bersaing dalam Liga Super.
Beliau berkata pendekatan itu juga tidak bermakna PJ City enggan memenangi sebarang kejuaraan.
"Kita bukan sahaja nak menang piala tetapi kita juga nak melahirkan lebih ramai pemain yang dapat diberikan peluang bermain, supaya jurulatih kebangsaan dapat melihat prestasi mereka. Alhamdulillah, formula yang kita ada sekarang berkesan kerana tiga hingga lima pemain telah dipanggil untuk pasukan kebangsaan," katanya.
Beliau berkata pemain tengah skuad kebangsaan M. Kogileswaran Raj adalah contoh pemain yang ingin terus dilahirkan PJ City pada masa hadapan apabila pemain itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah nama pasukan yang diwakili di peringkat domestik.
Sebagai rekod, baru-baru ini pasukan Liga Premier Perak FC yang terpalit dengan isu pertukaran pemilik, menjadi kelab pertama yang dihukum pemotongan tiga mata selepas gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama serta simpanan bagi musim 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Subahan merasakan formula digunakan PJ City wajar diikuti mana-mana pasukan kerana ia dilihat dapat memberi kestabilan kepada sistem kewangan kelab. - Gambar fail
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Piala Malaysia: JDT benam PJ City FC, temu Kelantan di suku akhir
JDT membuka jaringan seawal minit keempat menerusi rembatan padu jarak jauh penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva.
Piala Malaysia: JDT mula bergaya, Selangor kekal rekod tanpa kalah
Juara Liga Super 2022 JDT, membuka kempen Piala Malaysia dengan bergaya selepas membenam cabaran PJ City FC 4-0.
Rajes satu kehilangan besar buat PJ City - Maniam
Maniam menyifatkan pemain pertahanan kanan itu sebagai orang penting dalam skuad 'buatan Malaysia' tersebut.
Liga Super: Gustavo julang Negeri Sembilan
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian K Devan itu kekal berada di tangga ketiga liga.
Gol kemenangan Mohamad Irfan pastikan Sabah FC terus cabar kejuaraan
Skuad Sang Badak berdepan tentangan sengit pasukan tuan rumah terutama di separuh masa pertama.
JDT benam PJ City 4-0, kukuh kedudukan teratas liga
Gol pendahuluan hadir menerusi penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-23.
Boleh tiru formula kami - Presiden PJ City
Formula digunakan kelab itu adalah berbelanja secara berhemat mengikut konsep ukur baju di badan sendiri.
Kim Swee nafi pilih kasih
Kemampuan setiap pemain akan dinilai sebelum disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan bagi menghadapi sesuatu perlawanan.
PJ City lanjutkan kontrak Kogileswaran
Pemain sayap berusia 23 tahun itu diumum kekal bersama Skuad Phoenix untuk tiga musim berturut-turut sejak menyertainya pada musim 2020.
Liga Super: Perak FC temui semula rentak
Pasukan Perak FC akhirnya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Super, apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC.