KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dan atlet para olahraga, Siti Nooriasah Mohamad Ariffin dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang bagi upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo, 24 Ogos ini.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata kedua-dua atlet yang dipilih itu melambangkan kepelbagaian kaum di Malaysia selain pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini.
"Bonnie merupakan seorang atlet Bidayuh dari Sarawak manakala Siti Nooriasah pula atlet wanita Melayu.
"Jadi, dapat dilihat bahawa walaupun Malaysia mempunyai penduduk daripada pelbagai kaum dan agama, namun kita mahu tunjuk kepada dunia yang kita semua bersatu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Megat D Shahriman, yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo, berkata Bonnie dipilih berdasarkan reputasinya selaku juara dunia dan pemegang rekod dunia kategori 72 kilogram (kg) ke atas manakala Siti Nooriasah meraih pencapaiannya di tempat keempat acara 400 meter wanita T20 (masalah pembelajaran) di edisi Rio 2016.
Selain muncul juara, Bonnie berjaya memecahkan rekod dunia pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lepas apabila berjaya mengangkat bebanan seberat 230 kg, sekali gus memadam rekod dipegang atlet Iran Roohallah Rostami dengan bebanan 229 kg di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018.
Sementara itu, Megat D Shahriman memaklumkan persiapan kontinjen Malaysia berjalan lancar dan mengingatkan anak buahnya agar sentiasa menjaga kesihatan dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan penganjur.
Beliau pada masa sama mengharapkan setiap atlet para agar bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk bertanding dalam acara masing-masing serta segera menyesuaikan diri dengan suasana temasya di Jepun nanti.
Selain Bonnie dan Siti Nooriasah, tiga lagi atlet iaitu pemenang emas Rio 2016, Muhammad Ziyad Zolkefli (para olahraga); juara dunia 2019 S. Suresh (memanah) dan pemenang emas Sukan Para ASEAN 2017 Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda) akan turut serta dalam perarakan atlet di upacara pembukaan itu.
Megat D Shahriman, dua pegawai perubatan dan dua petugas sekretariat juga dijangka menyertai perarakan pada majlis yang bakal berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.
Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang dijadual berakhir pada 5 Sept ini menyaksikan kontinjen negara dibarisi 22 atlet yang akan bertanding dalam sembilan jenis sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
Nooriasah (kiri) dan Bonnie dipilih berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini. - Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.
Paralimpik Paris 2024: Bonnie pecah rekod dunia, sumbang emas kedua negara
Jaguh angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Gustin, menggondol pingat emas kedua negara dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin akan beraksi dalam kategori 72kg lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Sukan Para Asia 2022: Bonnie mahu lunaskan misi emas di Hangzhou
Penampilan keduanya di temasya tersebut adalah peluang baginya memperbaiki pencapaian pada edisi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Bonnie pecah rekod dunia lagi
Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini.
Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.