awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BPL: Leicester di puncak dengan 8 mata

Astro Arena
Astro Arena
20/03/2016
04:00 MYT
BPL: Leicester di puncak dengan 8 mata
Leicester City meraih kemenangan tipis menerusi jaringan tunggal Riyadh Mahrez ke atas Crystal Palace pada Sabtu. - AFP / IKIMAGES
LEICESTER City perlu terus fokus di peringkat akhir pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (BPL), tatkala Arsene Wenger masih memiliki keyakinan Arsenal mampu mencabar gelaran juara.Pengurus Leicester, Claudio Ranieri memberi amaran itu selepas menyaksikan anak buahnya meraih kemenangan tipis menerusi jaringan tunggal Riyadh Mahrez ke atas Crystal Palace pada Sabtu, untuk mengukuhkan kedudukan Leicester di puncak liga dengan kelebihan lapan mata menjelang jadual perlawanan antarabangsa.
Ranieri menuntut barisan pemainnya agar terus fokus sehingga penghujung musim bagi mempersiapkan diri menghadapi perkara-perkara yang tidak terduga.
"Kami perlu fokus kerana ia perlawanan penting buat kami. Kini terpulang kepada pasukan lain melakukan sesuatu.
"Kami perlu bertenang kerana BPL adalah sama setiap perlawanan, anda tidak tahu apa yang akan berlaku.
"Kami perlu terus mempamerkan semangat juang tinggi kerana Liga Juara-Juara begitu hampir dengan kami, mungkin dalam dua perlawanan lagi baru saya boleh memperkatakan sesuatu," katanya.
Arsenal menghidupkan peluang mereka dengan memungut tiga mata dengan menjinakkan Everton 2-0 di Goodison Park, keputusan yang memberi sedikit kelegaan buat Wenger ekoran dikritik hebat kebelakangan ini.
The Gunners kini di belakang pasukan tempat kedua, Tottenham Hotspur yang kurang bermain satu perlawanan dengan perbezaan tiga mata.
"Kami masih dalam pemburuan gelaran dan secara matematiknya, kami mahu setiap penyokong memberi sokongan. Kami sedia berjuang.
"Mengapa ia menjadi persaingan antara dua pasukan sedangkan satu lagi pasukan (Tottenham) hanya mendahului dengan tiga mata?
"Ayuh tumpukan kepada permainan kami dan selepas itu kita lihat dimanakah kami akan berakhir," jelas Wenger.
Keputusan lain
Chelsea 2 West Ham United 2
Watford 1 Stoke City 2
West Bromvich Albion 0 Norwich City 1
Swansea City 1 Aston Villa 0
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Arsene Wenger
#Claudio Ranieri
#Leicester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan