[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Brazil tewas mengejut kepada Bolivia, layak ke Piala Dunia dengan rekod terburuk

Astro Arena 10/09/2025 | 04:31 MYT
Dengan kekalahan itu, Brazil menamatkan kempen kelayakan berkenaan dengan 28 mata daripada 18 perlawanan. - Stadium Astro
BRAZIL tewas mengejut kepada Bolivia dalam aksi terakhir pusingan kelayakan Piala Dunia Zon CONMEBOl di Municipal Stadium El Alto sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Brazil tewas 0-1 kepada Bolivia di El Alto dalam aksi terakhir kelayakan Piala Dunia CONMEBOL, gol tunggal dijaringkan Miguel Terceros melalui penalti selepas semakan VAR.
  • Faktor altitud 4,150m menyebabkan Brazil bergelut dengan stamina dan permainan tidak teratur sepanjang perlawanan.
  • Rekod terburuk Brazil dalam sejarah kelayakan, menamatkan kempen dengan hanya 28 mata (8 menang, 4 seri, 6 kalah), kurang daripada 30 mata buat kali pertama.


Beraksi di altitud 4,150m di El Alto, Selecao jelas bergelut sejak dari awal permainan, di mana mereka kelihatan kekurangan stamina dan bermain secara tidak teratur.

Dan pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu menerima padah pada penghujung babak pertama apabila semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati Bruno Guimaraes menjatuhkan pemain lawan dalam kawasan penalti dan kesempatan itu kemudian dimanfaatkan Miguel Terceros untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Dengan kekalahan itu, Brazil menamatkan kempen kelayakan berkenaan dengan 28 mata daripada 18 perlawanan melibatkan lapan kemenangan, empat keputusan seri dan enam kekalahan.

Ia merupakan kali pertama pasukan itu menamatkan kempen dengan kurang daripada 30 mata, sekali gus menjadi rekod terburuk mengatasi edisi 2022. -- Stadium Astro



#Brazil #kalah mengejut #layak ke Piala Dunia #Bolivia